Pages

Tuesday, November 25, 2008

USRAH : Tanggungjawab VS Kewajiban

Bismillahirahmanirrahim..Usrah adalah satu perkataan yang cukup sinonim dengan seluruh gerakan islam di dunia ini, kerana srah adaalah jantung atau nadi kepada semua ahlinya. Tanpa usrah mungkin seseorang itu tidak bergelar ahli gerakan islam hingga kini. Begitulah peri pentingnya usrah dan peranannya untuk melahirkan anggota-anggota gerakan islam yang istiqamah dan komitmen kepada perjuangan islam.Tapi dalam keadaan sekarang ramai yang mengambil mudah dan kurang serius apabila membincangkan tentang usrah. Ada dikalangan ahli merasakan mereka tidak perlu mengikuti usrah dan merasakan usrah itu bukan satu kepentingan lagi. Bahkan yang lebih teruk lagi apabila para Nuqaba' sendiri yang mengamalkan sikap sambil lewa dan acuh tak acuh dengan tanggungjawab mereka.Ini menimbulkan beribu-ribu persoalan...

Friday, November 7, 2008

Siapa Berjuang, Siapa Terbuang

Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;} Dewasa ini kita mudah mengaku dan menamakan diri kita sebagai seorang pejuang Islam. Tetapi sedar ataupun tidak, sebenarnya perjuangan yang kita lakukan ini bukan...

Monday, November 3, 2008

Halangan Istiqamah

Dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pendakwah ini terlalu banyak dan berat dugaan dan cabaran yang pasti akan menimpa kita. Kadang-kadang sehingga terasa diri ini terlalu lemah dan tidak berdaya meneruskan perjalanan yang penuh berliku ini. Teringat saya ketika berbual dengan seorang sahabat seperjuangan yang sedang menghadapi kemelut dalaman diantara akademik dan jemaah, " ana bukan nak lari dari tanggungjawab tapi ana dah rasa lemas dan sibuk dengan tugas yang kian membebankan" tersentak saya dengan percakapan yang lahir dari mulutnya itu.Selepas kejadian itu saya selalu memikirkan apa sebenarnya yang telah terjadi kepada bakal ulama' muda yang sepatutnya di usia yang muda ini terus bergerak maju untuk memikul tanggungjawab yang berat ini sebelum hilang upaya ketika tua nanti.Rupa-rupanya...

Tuesday, October 28, 2008

Futur???

Gejala futur didalam jemaah adalah menjadi suatu kebiasaan. Banyak sebab dan faktor yang mendorong gejala ini berlaku kepada Ahli jemaah Islam. Tetapi apa yang lebih pelik dan memeningkan kepala ialah apabila gejala ini berjangkit kepada mereka yang pernah bergelar pimpinan dan orang yang disegani didalam jemaah.Memang tidak dinafikan lagi bahawa manusia initiada yang sempurna, bahkan maksud insan itu sendiri adalah pelupa dan cuai, tetapi setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.Cuma disini kita dapat melihat gejala yang menjadi virus terbesar didalam jemaah ini kian berleluasa dan sen tiasa bertambah pesakitnya, dan inilah sebenarnya yang menjadi kebimbangan kepada semua peringkat pimpinan sesuatu Jemaah.Soalnya, sekarang bukanlah...

Terima Kasih ALLAH

Assalamualaikum..Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi saya waktu untuk update blog saya ni. Agak lama jugak saya tinggalkan blog ini atas dasar memberikan tumpuan waktu sepenuhnya untuk garak kerja akademik. Maklumlah sebagai seorang student final year, banyak projek yang perlu diselesaikan sebelum bergelar siswazah.InsyaAllah selepas ini saya akan sentiasa update artikel didalam blog saya ni untuk santapan rohani kita bersama. Apa yang saya harapkan ialah moga-moga Allah berada disamping saya untuk terus berkhidmat dengan agamaNya.Dan seterusnya kepada sahabat seperjuangan yang sentiasa mendorong saya agar sentiasa berada diatas jalan yang benar, insyaAllah segala kudrat yang ada diberikan oleh Allah ini akan sentiasa saya gunakan untuk Islam.Akhir sekali walaupun dimana kita...

Saturday, October 4, 2008

Syawal????

ye! ye! raya dah datang, esok dah tak payah puase...Hmm kadang2 terasa lucu pula mendengar dialog yang kebiasaanya dilaungkan oleh kanak-kanak setelah tibanya hari raya.Tapi bila difikirkan, sebenarnya pemergian ramadhan sepatutnya ditangisi dengan seribu penyesalan. adakah kita telah menggunakan ramadhan yang telah dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya ataupun kita masih berada pada ramadhan yang lama? semua itu perlu dihitung sendiri..Hakikatnya ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan kini tibalah Syawal sebagai hari kemenangan kepada seluruh umat islam setelah menempuh sebulan yang penuh dugaan yang menguji ketakwaan kita.Takwa?"ustaz, macam mana nak tau kita dah berjaya bulan ramadhan ni?"Ada satu perkara yang menarik tentang ramadhan...

Friday, September 26, 2008

Terasa sayu dihati apabila memikirkan ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini. Terlalu banyak kelemahan yang telah kita lakukan pada bulan yang mulia ini dan sememangnya ia akan berlalu pergi tanpa kita sedari.sebagai seorang pejuang yang sentiasa mendambakan redha dari Allah, apakah madrasah ramadhan ini betul-betul telah mentarbiyah diri kita menjadi seorang insan yang muttaqin??Segala persoalan yang bermain diminda ini perlulah dijawab sendiri oleh empunya diri kerana dialah yang lebih mengetahui amalan harian mereka.Cuma yang dapat kita lakukan adalah bermunajat dan merintih meminta doa agar dikurniakan keselamatan ketika berada di hadapan Allah nanti dan mendapat tempat disisi Rasulullah kelak.Allah tidak pernah membebankan manusia dengan...

Monday, September 15, 2008

CINTA???

Cinta???ape tu cinta???perlukah ada cinta???Bila berbicara tentang cinta banyak yang akan bertanya soalan yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Kanak-kanak pun sudah pandai bercinta inikan pula orang dewasa. Tetapi fenomena ini seakan-akan satu situasi yang biasa kepada kita. Adakah kita ingin melihat adik-adik kita bergelumang dengan cinta yang tak pernah diketahui sucinya dan lebih teruk jika ianya tidak dijaga, ia akan membawa kepada maksiat.Jangan disalah anggap tentang cinta. Cinta adalah satu perasaan yang cukup suci dan istimewa yang telah dikurniakan kepada manusia. Tetapi kitalah yang menyebabkan ianya disalah anggap dan disalah tafsir sehingga menyebabkan kerana cinta terjadinya dosa kepada ALLAH.MAKSUDBerbagai tafsiran tentang cinta...

Kewafatan Insan Mulia

Assalamualaikum..Marilah kita menghayati kisah "Saat KewafatanRasulullaah" dgn penghayatan yang sebenar.Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul MautAda sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupanRasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mataRasulullah yang tenang dan...

Kematian

Alhamdulillah pada hari jumaat yg lalu bersamaan dgn 12 Ramadhan, selesai sudah majlis pengkebumian ibu kepada salah seorang sahabat saya di Kuala Terengganu.begitu hiba dan berat hati melihat kelurga beliau yang cukup sedih. ketika saya dan beberapa orang lagi sahabat yang hadir sedang mengambus jenazah, terlihat 2 orang adiknya yang masik kecil sedang melihat dengan penuh perasaan yang tidak mengerti apa-apa pun. Agaknya berapa banyak andaian soalan yang bermain difikiran mereka, mengapa mereka menanam ibu?, apa salah ibu?, bila lagi nak jumpa ibu?, bila difikirkan, ia memang cukup menyentuh hati. kadang-kadang terasa ianya tidak adil untuk mereka.tetapi begitulah ketentuan Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik untuk umatnya. benarlah firman ALLAH dalam Al-Quran:'setiap yang mati...

Bulan Ramadhan

Saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Sepatutnya kita patut bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberikan kita peluang untuk menjejakkan kaki kita ke pesta ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Sedar tak sedar hari ini genaplah sudah sepuluh hari kita berpuasa dan ini bermakna fasa pertama bulan ramadhan ini telah kita lepasi. Cuma apa yang perlu kita persoalkan sekarang adakah amalan kita meningkat ataupun sebaliknya. Adakah melangkahkan kaki ke bulan ramadhan ini tidak memberi bekas langsung kepada hati kita sebagai seorang islam?Kita sering kali melihat ramai orang berpusu-pusu bertandang ke masjid bagi menunaikan solat sunat tarawikh sedangkan ramai lagi yang terleka daripaga mengerjakan solat fardhu...

Assalamualaikum

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha MengasihaniSyukur saya ucapkan kepada ALLAH kerana dengan rahmat dan keizinaNya hari ni telah bermulalah perjuangan dakwah saya melalui tulisan pula. semoga dengan kehadiran blog saya ini akan dapat menceriakan lagi perjalanan dakwah para da'e dan dapat menambahkan ilmu sesama kita.terima kasih juga yang tak terhingga kepada shabat-sahabat seperjuangan yang mencadangkan penglibatan saya dalam blog ini dan yang bersama-sama saya untuk menyiapkan blog ini.kerana islam kita berkumpul dan kerana islamlah kita bersama-sama berjuang untuk menjadi yang terbaik semasa berhadapan dengan ALLAH di hari perhitungan nanti..moga usaha kita yang sedikit ini mendapat pulangan yang besar diakhirat kelak.WALLAHU...

Page 1 of 401234567 »