Pages

Thursday, November 19, 2009

ANDAI KU TAHU

Andai kutahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku.
Andai kutahu,

Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku.

Artis : ungu


Ababila diteliti rangkap dan ayat lagu diatas, terasa gerun dan insaf timbul didalam hati. Mungkin kerana teringatkan janji Allah kepada manusia untuk kembali kepadanNya. Masanya sudah ada, tetapi bila dimana dan mengapa itulah yang menjadikan manusia sentiasa tertanya-tanya. Baikkah akhirnya, atau burukkah kesudahan hidup mereka didunia ini.

Tetapi yang pasti, ketika saat itu menjelang, tiada guna taubat dan penyesalan. Roh, akan keluar untuk meninggalkan jasad yang dipinjamkan oleh Allah untuk sementara itu. Ketika itulah roh akan ditarik keluar oleh malaikat maut. Jika indah amalannya didunia, maka malaikat yang dating untuk mencabut nyawanya akan melihatkan wajah yang indah berseri-seri, tetapi jika amalanya buruk, maka akan dicabut nyawanya berdasarkan amalan tersebut.

Kemudian jasad yang sudah terbujur kaku ditinggalkan roh akan dimandikan dan disempurnakan oleh orang ramai. Lalu beraraklah saudara-mara dan kenalan untuk menghantar mayat kerumah yang baru, yang penuh dengan kegelapan dan penuh dengan ulat dan serangga.

Setelah dibacakan talkin, jasad ditinggalkan oleh semua yang hadir, cukup sahaja 7 langkah pergi meninggalkan jasad, akan hadir 2 orang malaikat yang akan bertanya tentang soalan-soalan yang sudah kita ketahui ketika hidup didunia.jika kita beramal dengan amalan yang soleh ketika didunia, maka dengan mudah kita dapat menjawabnya begitulah juga sebaliknya.

Boleh jadi kubur itu salah satu taman dari taman-taman syurga, dan boleh jadi kubur itu satu lubang dari lubang-lubang neraka. Kubur orang yang soleh akan dilapangkan sejauh mata memandang dan dipaparkan nikmat-nikmat syurga kepadanya, manakala yang derhaka akan disempitkan kubur sehingga bertemu dua tulang rusuk dan dipaparkan kepadanya azab yang akan diterima didalam neraka.

Tetapi mati jangan ditakuti, kerana inilah jambatan kita untuk mendapat syurga Allah. Tidak ada sesiapa yang akan mengecapi nikmat syurga jika masih belum mengharungi mati. Sentiasa rindukan mati seperti rindunya kita ingin menatap wajah Allah didalam syurga.

Justeru, sahabat-sahabatku mari kita lihat persediaan kita sebelum menjelangnya hari yang pasti tiba ini. Tak inginkah kita bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan yang mulia? Tak iginkah kita menikmati nikmat syurga yang tidak layak dibayangkan ketika didunia? Tak inginkah kita sebaris dengan para syuhada memasuki syurga Allah dengan dipimpin oleh Nabi Muhammad?

Jika itu keinginan kita, maka kita masih sempat berubah. Jangan tunggu sehingga malaikat maut datang mejemput kerana pada ketika itu tiada penyesalan.