Pages

Saturday, July 4, 2009

MINDS = MINGGU INDUKSI DAKWAH SISWA

“Aduh!! Malasnye nak pegi minggu induksi ni, mesti kene ragging dgn abang-abang fasi kat situ.”


“ala kene orientasi lagi ke? Macam budak-budak la..”

Inilah diantara contoh-contoh ungkapan yang biasa kita dengari apabila tiba musim pendaftaran pelajar baru di mana-mana intitusi pengajian tidak kira tinggi atau rendahnya intitusi tersebut.

Didalam kamus dewan edisi yang keempat, perkataan induksi bermaksud pengenalan kpd organisasi (pekerjaan, tugas, jawatan dsb) yg baru, jadi secara ringkasnya ia bermaksud perkenalan kepada sesuatu yang baru.

Adakah dakwah sesuatu yang baru?

Jawapannya tentulah tidak.

Ini kerana saya cukup yakin dan percaya bahawa setiap orang pasti pernah mendengar tentang dakwah yakni menyeru orang kejalan yang benar. Tetapi apa yang baru ialah konsep-konsep serta perkara-perkara pokok yang menjadi topik perbincangan didalamnya dan juga cara penyampaiannya.

SESI PERKENALAN

Seperti mana-mana pelajar baru, mereka mestilah ingin mengenali dan berkawan dengan ramai orang agar tempoh hidup mereka disini tidak akan sunyi. Jadi, kita seharusnya menjadiorang yang pertama menegur dan bermesra dengan mereka. Jadikan mereka sebagai sahabat kita yang paling rapat walaupun baru berkenalan dalam masa yang singkat. Sesungguhnya hubungan yang telah terjalin buat kali pertama di tempat orang pasti akan dikenang selamanya.

Sama juga perihalnya dengan dakwah, kita harus mengenali dakwah ini dengan sedalamnya. Mana mungkin kita menjadi seorang pendakwah yang baik jika kita tidak tahu mengapa kita berdakwah.

Ramai pendakwah yang secara teorinya bagitu hebat tentang dakwah tetapi apabila sampai kepada tahap perlaksanaan mereka kecundang. Ini adalah disebabkan kurangnya penghayatan didalam hati dan sesungguhnya penghayatan didalam hati pasti tidak kan timbul sekiranya tiada kefahaman yang mendalam tentang dakwah.

KEPERLUAN DAN BUKAN LAGI KEWAJIPAN

Kita perlu melihat dakwah sebagai sebuah keperluan sebagai umat islam. Marilah kita contohi Rasulullah yang merasa sedih tatkala melihat sekujur mayat yang masih belum sempat mendapat hidayah islam meninggalkan dunia ini. Baginda merasa begitu sedih kerana masih belum sempat berdakwah kepada mayt itu tadi ketika dia masih hidup dahulu. Ini menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang pendakwah.

Jika kita menganggap dakwah ini sebagai suatu kewjipan, maka kita kan berdakwahkerana itu adalah kewajipan yang memaksa kita untuk melakukannya, tetapi jika kita menganggap dakwah sebagai keperluan hidup muslim, maka kita kan melakukan tugasan dakwah ini dengan hati yang terbuka.


GOLONGAN YANG TERBAIK

Marilah kita sama-sama menyahut pujian yang telah Allah berikan kepada kita dalam Al-Quran,

Firman Allah

“kamu adalah golongan yang terbaik yang dibangkitkan dikalangan manusia, kamu mengajak kepada yang makruf dan kamu mencegah kepada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”

Marilah berikrar yang kita semua akan sentiasa istiqamah diatas landasan dakwah ini dan tidakkan lari dari medan perjuangan.

Sentiasalah bersabar terhadap mehnah dan tribulasi medan dakwah, Insyaallah, ganjaran disyurga yang kekal abadi sedang menanti

1 comments:

Rantong said...

Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.

View Profile: Rantong™