Pages

Sunday, February 15, 2009

TAQWA BEKALAN MENUJU JIHAD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Taqwa adalah perkara yang cukup penting yang perlu ada didalam setiap umat Islam. Taqwa adalah perasaan takut yang lahir dari snubari hanya kepada Allah yang Esa. Dengan adanya sifat ini, secara automatiknya kita akan sentiasa melakukan yang makruf dan akan meninggalkan yang munkar. Jelaslah disini bahawa sifat taqwa adalah perkara wajib yang perlu ada pada setiap orang Islam khususnya kepada para mujahid yang sentiasa rindukan pertemuan yang sempurna dengan Allah.

Dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pejuang Islam, kita sentiasa digemparkan oleh serangan-serangan musuh Islam yang sentiasa cuba menghapuskan Islam di muka bumi ini. Lihat saja di Palestin, bedilan peluru toghut sentiasa menjamah tubuh saudara seakidah dengan kita khususnya dari pihak HAMAS. Tetapi mengapa HAMAS masih tidak menyerah diri bahkan semakin membara roh jihad mereka untuk membebaskan bumi anbiya’ itu? Tentulah jawapanya ada pada perasaan taqwa dan cinta mereka yang begitu mendalam kepada Islam. Mereka lebih rela menyerahkan tubuh mereka untuk diganyang dan ditembusi oleh bedilan peluru musuh daripada membiarkan Agama Islam dicemari walaupun dengan sedikit fitnah.

Itulah bukti ketaqwaan mereka kepada Allah, hanya Allah yang layak ditakuti. Tetapi takut kepada Allah ini begitu menghairankan kerana semakin kita takut kepada Allah, semakin kita berazam untuk mendekatinya. Alangkah indahnya jika perasaan ini singgah dan bermastautin dalam jiwa kita.

Cuba kita renung kembali kisah 2 tokoh sultan yang pernah mentadbir khalifah Islam pada zaman kegemilangan mereka. Mereka ialah Sultan Salehuddin dan Sultan Muhammad Al-Fateh. 2 individu ini dengan sifat warak dan zuhudnya telah beerjaya mengembalikan system khalifah pada zaman tersebut.

SULTAN SALEHUDDIN

Pada suatu malam sebelum peperangan yang besar, baginda telah pergi melihat para tenteranya secara sembunyi. Dikhemah yang pertama, baginda mendengar suara yang merdu mengalunkan zikrullah dan bacaan Al-Quran. Dikhemah yang kedua pula baginda mendengar esak tangisan sedu seorang hamba yang merintih meminta belas Tuhannya. Tetapi dikhemah yang ketiga tiada bunyi yang kedengaran. Esoknya sebelum peperangan, baginda memerintahkan bahawa sesiapa yang tidak bermunajat dan berqiamunlail tidak layak untuk ikut berperang dengan baginda.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Apabila ingin memilih tenteranya baginda akan mengumpulkan mereka lalu bertanya siapakah yang tidak pernak meninggalkan solat fardhu sejak baligh? semua tenteranya bangun, lalu baginda bertanya lagi tentang solat sunat maka kebanyakkan mereka duduk lalu baginda menyoal pula tentang qiamunlail dan seluruh tenteranya duduk kecuali baginda.

Begitulah keperibadian 2 tokoh Islam yang menunjukkan bahawa takqwa itu begitu penting untuk menjadi bekalan para pencinta syahid. Taqwalah yang menjadikan kita sebagai seorang muslim yang muttaqin. Tanpa taqwa perjuangan kita adalah sia-sia dan jika mati pun hanyalah kematian yang sia-sia (nauzubillah).

Ayuhlah wahai semua mujahid muda, jalan itu sudah hampir dan sentiasa menantikan pemuda seperti kita. Siap siagalah semua beserta pakej taqwa yang mendalam kepada Allah, insyaALLAH syurga akan sentiasa menantikan para Syuhada yang ikhlas berkorban kerana ALLAH..

Wednesday, February 4, 2009

HIASAN TERINDAH



Wanita adalah hiasan dunia, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah. Begitulah ungkapan yang begitu indah yang ditujukan khas kepada para wanita di dunia ini.

Sesungguhnya muslimat memainkan peranan yang sangat penting dalam perjuangan
Islam. Tipu!, jika ada yang mengatakan wanita tidak menyumbangkan jasa dalam menegakkan Islam.Lihat sahaja pengorbanan yang dilakukan oleh saidatina Khadijah isteri kesayangan Rasulullah yang sanggup mengorbankan harta benda serta perniagaanya hanya kerana ingin menyokong perjuangan Rasulullah menegakkan agama Islam yang Tercinta.

Lihat pula pada peperangan Uhud yang menyaksikan Nusaibah mempertaruhkan nyawa demi melindungi batang tubuh Rasulullah yang dikepung oleh tentera kuffar. Dan bayarannya nyawa Nusaibah pergi menghadap Allah sebagai seoran syuhada'

Demikianlah kehebatan kaum Hawa dalam lipatan sejarah kebangkitan Islam. Perjuangan dan pengorbanan mereka mendaulatkan agama Islam begitu disanjungi dan sentiasa diingati. Bagi ana mereka telah berjaya mencipta sejarah mereka yang tersendiri.

Sudah terbukti bahawa muslimat mempunyai tempat yang istimewa dalam lipatan sejarah Islam. Muslimat boleh diibaratkan sebagai sebahagian daripada tubuh badan para pejuang, jika tiada mereka maka tiada upaya lah para pejuang untuk melangkah maju kehadapan.ternyatalah perwatakkan mereka yang lemah lembut itu jangan disangka tidak boleh menggoncang dunia..

Jadi, sebagai seorang muslimat yang terlibat dengan gerakan dakwah, jangan mudah putus asa dalam mengharungi li
ku perjuangan ini. Ingatlah bahawa ketika Islam datang menyinari tanah Arab dan menyingkirkan zaman kegelapan, kaum hawa yang ditindas ketika itu,diangkat martabatnya oleh Islam..

sekadar renungan..