Pages

Saturday, October 4, 2008

Syawal????


ye! ye! raya dah datang, esok dah tak payah puase...

Hmm kadang2 terasa lucu pula mendengar dialog yang kebiasaanya dilaungkan oleh kanak-kanak setelah tibanya hari raya.

Tapi bila difikirkan, sebenarnya pemergian ramadhan sepatutnya ditangisi dengan seribu penyesalan. adakah kita telah menggunakan ramadhan yang telah dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya ataupun kita masih berada pada ramadhan yang lama? semua itu perlu dihitung sendiri..

Hakikatnya ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan kini tibalah Syawal sebagai hari kemenangan kepada seluruh umat islam setelah menempuh sebulan yang penuh dugaan yang menguji ketakwaan kita.

Takwa?

"ustaz, macam mana nak tau kita dah berjaya bulan ramadhan ni?"

Ada satu perkara yang menarik tentang ramadhan dan syawal ini. teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hazmi Dibok sewaktu tazkirah ramadha,

"kalau nak tau kita berjaya atau tidak pada bulan ramadhan ni, kita tengok diri dan ibadah kita pada bulan selepas ramadhan kalau makin meningkat maknanya dah berjayalah tu."

Begitulah jawapan yang ringkas tapi cukup padat dan bermakna kalau kita dapat menghayatinya. ini bermakna ramadhan adalah starting point atau turning point untuk mengajar dan mentarbiyah nafsu serta diri kita sendiri untuk memupuk dan menanamkan sifat sabar dan bertakwa kepada ALLAH, dan buktinya kita dapat lihat sendiri selepas pulang daripada "Madrasah Ramadhan" ini. fikir-fikirkanlah ye.

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin keatas kesilapan saya selama ini, dan selamat berjaya wahai graduan-graduan Madrasah Ramadhan.

0 comments: