Pages

Tuesday, October 28, 2008

Futur???

Gejala futur didalam jemaah adalah menjadi suatu kebiasaan. Banyak sebab dan faktor yang mendorong gejala ini berlaku kepada Ahli jemaah Islam. Tetapi apa yang lebih pelik dan memeningkan kepala ialah apabila gejala ini berjangkit kepada mereka yang pernah bergelar pimpinan dan orang yang disegani didalam jemaah.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa manusia initiada yang sempurna, bahkan maksud insan itu sendiri adalah pelupa dan cuai, tetapi setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Cuma disini kita dapat melihat gejala yang menjadi virus terbesar didalam jemaah ini kian berleluasa dan sen tiasa bertambah pesakitnya, dan inilah sebenarnya yang menjadi kebimbangan kepada semua peringkat pimpinan sesuatu Jemaah.

Soalnya, sekarang bukanlah masa untuk menuduh serta menuding jari kepada orang yang tertentu untuk memikul tanggunjawab ini tetapi bagaimana kita semua bekerjasama untuk membendug gejala ini dari terus membiak dari akar umbi.

AMANAH

amanah ialah satu perkara pokok yang perlu kita fahami setelah mengintima'kan diri didalam gerak kerja dakwah ini. Didalam perbincangan tentang persoalan amanah ini, banyak yang kita dapat kaitkan dengan gejala futur itu tadi.

1. dalam pembawaan kita sebagai seorang pendakwah kita seharusnya merasakan diri ini sentiasa terbeban dan bertanggungjawab untuk memenuhi tuntutan dakwah itu tadi. Sabda Rasulullah S.A.W:

"barang sesiapa yang mengucap kalimah Lailahaillallah maka dia bertanggungjawab menjadi seorang da'ei."

2. persoalan amanah berkait rapat dengan persoalan kita keikhlasan niat kita dalam berdakwah.
sabda Rasulallah S.A.W:

"setiap perbuatan itu bermula dengan niat"

jadi sejauh mana keikhlasan kita untuk berintima' samaada dalam keadaan sedia ataupun tidak sebanyak itulah kemahuan kita untuk terus amanah dijalan Allah.

3. Amanah juga berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Seperti yang kita ketahui Amanah adalah perkara yang paling berat untuk dipikul. Hatta djika diberikan kepada gunung ganang sekalipun pasti ianya akan hancur luruh, tetapi manusia dengan sombongnya mengambil tanggungjawab amanah itu dengan bersahaja. Jesteru itu hubungan dengan Allah amat penting. Didalam kita memegang amanah Allah yang begitu berat ini pasti ada waktunya kita terasa lemah dan letih, tetapi apabila kta berada dekat dengan Allah nescaya Allah akan memberikan kita kekuatan dalam menempuh segala dugaan kerana semua itu datangnya dari Allah jua.

Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah menilai dan muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang berada dalam bidang dakwah ini dan sejauh mana hubungan kita dengan Allah pencipta kita. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dan semua shabat kita yang lain agar tidak terjebak didalam kancah kefuturan ini dan jika sekiranya ada mohonla agar kita semua diberikan petunjuk untuk kembali berjuang kejalan yang mualia ini.

Sesungguhnya Allah tidak akan mempersia-siakan umat Islam yang beriman.

0 comments: