Pages

Monday, November 3, 2008

Halangan Istiqamah

Dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pendakwah ini terlalu banyak dan berat dugaan dan cabaran yang pasti akan menimpa kita. Kadang-kadang sehingga terasa diri ini terlalu lemah dan tidak berdaya meneruskan perjalanan yang penuh berliku ini. Teringat saya ketika berbual dengan seorang sahabat seperjuangan yang sedang menghadapi kemelut dalaman diantara akademik dan jemaah, " ana bukan nak lari dari tanggungjawab tapi ana dah rasa lemas dan sibuk dengan tugas yang kian membebankan" tersentak saya dengan percakapan yang lahir dari mulutnya itu.

Selepas kejadian itu saya selalu memikirkan apa sebenarnya yang telah terjadi kepada bakal ulama' muda yang sepatutnya di usia yang muda ini terus bergerak maju untuk memikul tanggungjawab yang berat ini sebelum hilang upaya ketika tua nanti.

Rupa-rupanya dalam perjuangan ini mereka telah tewas kepada satu perkara sehinggakan mereka akhirnya kehilangan satu perkara iaitu tewas kepada buaian dunia yang buas dalam kelembutan ini dan kehilangan satu permata istiqamah sebagai jantung perjuangan.

Benarlah sabda baginda Rasulullah dalam sebuah hadith:

"umat akhir zaman akan dijangkiti dengan satu penyakit, lalu sahabat bertanya kepada baginda: "Ya Rasulullah apakah penyakit itu?" lalu Rasulullah menjawab:" cintakankan dunia dan takutkan mati"

Jesteru itu dalam hakikat perjuangan ini pasti manusia tidak terlepas dari perkara ini.

HALANGAN

Allah telah berfirman tentang lapan perkara yang menjadi halangan kita didunia ini didalam surah At-Taubah ayat ke 24 yang bermaksud:

katakanlah(wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu, dan anak-pinak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri(atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan kerugiannya dan rumah serta tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu) menjadi perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul dan daripada berjihad kejalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mengutuskan keputusanNya(azabNya); kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik(derhaka).

ayat diatas menerangkan kepada kita tentang amaran keras yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang tidak istiqamah dan sentiasa tertipu dengan kenikmatan dunia sehingga mengabaikan perjuangan akhirat.

BEKALAN TERBAIK

Sabda Rasulullah:

"aku tinggalkan kamu dua perkara dan jika kamu berpegang kepadanya kamu akan selamat, ia adalah Al-Quran dan Sunnahku"

Rasulullah sendiri telah memberikan kita jalan keluar yang paling berkesan dan selamat iaitu dengan mengikuti sunnah baginda dan menghayati isi dalam Al-Quran dan melakukannya.

jadi marilah kita menginsafi diri kembali sejauh mana kita berpegang kuat kepada tali-tali Allah. Adakah perjuangan kita selama ini satu perbuatan yang sia-sia ataupun ia adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah..

Wallahualam

0 comments: