Pages

Friday, November 7, 2008

Siapa Berjuang, Siapa Terbuang


Dewasa ini kita mudah mengaku dan menamakan diri kita sebagai seorang pejuang Islam. Tetapi sedar ataupun tidak, sebenarnya perjuangan yang kita lakukan ini bukan perjuangan yang ikhlas kerana Allah. Cuba kita renung kembali apa sebenarnya yang terkandung didalam perjuangan Islam itu sebenarnya. Adakah cukup dengan sekadar pandai berkata-kata, pandai bermain politik, ataupun pandai mengangkat senjata semata-mata.


Dalam meniti episod perjuangan yang sentiasa dinanti dengan onak dan duri ini, kita seharusnya mengetahui dan hadam tentang erti perjuangan Islam yang sebenarnya supaya kelak, pendirian dan tujuan kita tetap thabat ke jalan ALLAH.


Perjuangan


Perjuangan bermaksud berkorban dan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan sesuatu perkara yang kita sayangi. Dalam konteks perjuangan Islam, para pejuang perlu bersedia untuk berkorban demi untuk menegakkan kembali Daulah Islamiah yang telah lama bersemadi dulu.


Sesuailah dalam rukun bai’ah yang ditetapkan oleh Assyahid Imam Hasan Al-Banna yang menyentuh tentang keperluan berkorban dijalan Allah dan pengorbanan yang terbaik adalah penggabungan diri didalam Jemaah Islamiyah sebagai satu wadah pelepasan rasa berdosa kerana ketiadaan Khalifah dimuka bumi ini.


Ciri Orang yang Berjuang


Ramai yang bertanya tentang sifat ataupun ciri orang yang berjuang kejalan Allah. Sebenarnya banyak ciri yang perlu ada sebagai jundullah ini. Dan jika kita nak perbincangkan didalam blog ini mungkin mengambil masa yang agakpanjang dan memerlukan penulisan yang teliti berdasarkan pengkajian.


Cuma disini saya boleh simpulkan bahawa ciri asas yang menjadi dasar kesempurnaan perjuangan ada 3:

1. Ikhlas kerana ALLAH

Sabda Rasulullah:

”Sesunggguhnya setiap perbuatan itu bermuala dengan niat”

Jadi dengan niat yang ikhlas kerana Allah nescaya kita akan sentiasa mendapat perlindungan dan pertolongan daripada Allah. Dan ikhlas juga menjadi akar serta bukti kita dihadapan Allah kelak.

2. Istiqamah dalam perjuangan

Istiqamah adalah perkara yang cukup penting didalam perjuangan ini. Tanpa istiqamah kita akan sentiasa mencari alasan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab gerak kerja dakwah yang telah diamanahkan ini. Istiqamah boleh saya ibaratkan sebagai jantung perjuangan yang memastikan kita sentiasa berada kekal dalam jemaah Islam yang terbaik.

Bagaimana nak mendapatkan istiqamah?


Allah Berfirman:


”wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukani kamu”


Berdasarkan ayat diatas cara yang terbaik mencari istiqamah adalah dengan membantu agama Allah dan seterusnya memikul beban tanggungjawab dakwah.

3. Sentiasa mencari ilmu

Tujuan mencari ilmu adalah untuk mengenali pemilik ilmu itu sebenarnya (ALLAH). Jesteru itu kita yang bergelar pejuang ini sepatutnya mempunyai sifat tamakkan ilmu dan sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan saqafah kita dan sahabat-sahabat yang lain.


Ilmu cukup penting kerana tanpa ilmu kita tidak akan mengenali zat Allah yang maha Esa ini. Dan tanpa Ilmu juga kita tidak akan faham dan cakna tentang tujuan kta berada didalam tabggungjawab dakwah ini.


Rasulullah bersabda:


”menuntut ilmu itu fardhu bagi muslimin dan muslimat”



Jadi sahabat-sahabiah sekalian marilah kita renung kembali tentang makna kita berjuang kejalan Allah ini. Pastikan kita adalah golongan yang berjuang bukanya terbuang dijalan Allah ini .Jangan hanya pandai bercakap tanpa kita pernah meletakkan azam untuk berubah menjadi seorang Jundullah yang terbaik untuk Islam dan mendapat perlindungan disisi Allah kelak.


Wallahualam...

0 comments: