Pages

Tuesday, November 25, 2008

USRAH : Tanggungjawab VS Kewajiban

Bismillahirahmanirrahim..

Usrah adalah satu perkataan yang cukup sinonim dengan seluruh gerakan islam di dunia ini, kerana srah adaalah jantung atau nadi kepada semua ahlinya. Tanpa usrah mungkin seseorang itu tidak bergelar ahli gerakan islam hingga kini. Begitulah peri pentingnya usrah dan peranannya untuk melahirkan anggota-anggota gerakan islam yang istiqamah dan komitmen kepada perjuangan islam.

Tapi dalam keadaan sekarang ramai yang mengambil mudah dan kurang serius apabila membincangkan tentang usrah. Ada dikalangan ahli merasakan mereka tidak perlu mengikuti usrah dan merasakan usrah itu bukan satu kepentingan lagi. Bahkan yang lebih teruk lagi apabila para Nuqaba' sendiri yang mengamalkan sikap sambil lewa dan acuh tak acuh dengan tanggungjawab mereka.

Ini menimbulkan beribu-ribu persoalan tentang usrah dan peranannya. Adakah usrah masih releven atau tidak pada masa sekarang dan dimanakah kedudukan usrah pada mata setiap yang menggelarkan diri mereka pejuang Islam adakah ia tanggungjawab yang membebankan atau kewajiban yang diganjarkan pahala.

SEJARAH

Mari kita lihat bagaimana sejarah usrah ini terjadi. Usrah telah diamalkan pada zaman Rasulullah lagi, dimana rasulullah melakukant perjumpaan dirumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam secara sembunyi. Kemudian setelah islam jatuh amalan sunnah nabi ini tidak dilakukan sehinggalah seorang ulama' yang mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin (Assyahid Imam Hassan Al-Banna) mempopularkannya kembali. Hasilnya kita masih lagi mendapat tarbiyah daripada usrah sekarang.

Tanggungjawab VS Kewajiban

Usrah adalah satu method yang wajib ada ataupun dikuasai oleh semua gerakan Islam. Ini kerana usrah menyentuk semua aspek yang penting yang perlu ada dalam sesebuah gerakan Islam.

1. Ukhuwah

Usrah mengajar kita untuk kenal mengenali dan membina perhubungan yang mantap sesama Ahli gerakan dan oran ramai.

2. Asas Islam

Dalam Silibus Usrah, Nuqaba' perlu menyentuh tentang perkara-perkara yang asas tentang Islam dan pengertiannya.

3. disiplin ibadah

Nuqaba' perlu menjaga dan memantau disiplin ahli usrah tentang ibadah mereka seharian termasuklah nuqaba' sendiri.

Kalau nak disenaraikan lagi memang banyak tetapi inilah Objektif utama yang perlu ada untuk Usrah.

Jadi, sebagai orang yang sudah berintima' didalam gerakan Islam, kita sepatutnya tahu sedalam mana kepentingan Usrah kepada diri kita dan orang lain.

Kepada para Nuqaba', kita hendaklah memikul tanggungjawab kewajiban melakukan usrah ini dengan penuh tawadduk dan sentiasa mengharapkan redha Allah.

Usrah adalah kewajiban dan sudah menjadi keperluan untuk setiap anggota gerakan Islam mengikutinya. Ia adalah nadi dan ia adalah asas kepada gerakan Islam diseluruh dunia..

Wallahualam...

0 comments: