Pages

Monday, September 15, 2008

Bulan Ramadhan

Saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Sepatutnya kita patut bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberikan kita peluang untuk menjejakkan kaki kita ke pesta ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Sedar tak sedar hari ini genaplah sudah sepuluh hari kita berpuasa dan ini bermakna fasa pertama bulan ramadhan ini telah kita lepasi. Cuma apa yang perlu kita persoalkan sekarang adakah amalan kita meningkat ataupun sebaliknya. Adakah melangkahkan kaki ke bulan ramadhan ini tidak memberi bekas langsung kepada hati kita sebagai seorang islam?
Kita sering kali melihat ramai orang berpusu-pusu bertandang ke masjid bagi menunaikan solat sunat tarawikh sedangkan ramai lagi yang terleka daripaga mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di masjid. Bagaimana caranya pendekatan kita untuk memberi kefahaman kepada golongan ini supaya lebih mementingkan solat fardhu daripada solat sunat.

KEFAHAMAN

Bila berbicara tentang perkara ini kita tidak dapat lari dari ungkapan kefahaman. kefahaman adalah satu perkara yang cukup penting untuk seseorang sebelum melakukan sesuatu perkara. Tanpa kefahaman, segala perkara yang dilakukan biasanya tidak akan mendapat hasil seperti yang kita harapkan. Jesteru itu, kita sebagai orang yang lebih faham sepatutnya memperbetulkan golongan ini dari terus melakukan perkara tersebut.

TERTIPU

Sesungguhnya orang yang berlumba-lumba melakukan amalan sunat sebelum menghabiskan amalan fardhu,mereka sebenarnya telah tertipu dengan syaitan. Mungkin ramai yang pernah mendengar ayat ni sewaktu mendengar tazkirah ataupun pengisian dimasjid, tetapi masih ramai lagi yang melakukanya. kalau kita perasan sewaktu selesai solat berjemaah pasti ada makmum yang tergesa-gesa bangun untuk menunaikan solat sunat rawatib di belakang masjid sedangkan imam masih belum selesai membaca wirid dan berdoa. Alangkah ruginya mereka kerana tidak sempat bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca secara berjemaah. Samalah dengan situasi solat sunat terawikh itu tadi. Sehebat manapun solat sunat tarawikh yang kita lakukan masih tetap tidak dapat menandingi amalan solat fardhu.

Jadi marilah kita bersama-sama menyucikan diri daripada segala kefahaman yang sengaja dibuat-buat ini dan seterusnya menjadikan ramadhan kali ini adalah ramadhan yang cukup baik untuk diri kita khususnya.


WALLAHUALAM...

0 comments: