Pages

Monday, September 15, 2008

CINTA???




Cinta???

ape tu cinta???

perlukah ada cinta???

Bila berbicara tentang cinta banyak yang akan bertanya soalan yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Kanak-kanak pun sudah pandai bercinta inikan pula orang dewasa. Tetapi fenomena ini seakan-akan satu situasi yang biasa kepada kita. Adakah kita ingin melihat adik-adik kita bergelumang dengan cinta yang tak pernah diketahui sucinya dan lebih teruk jika ianya tidak dijaga, ia akan membawa kepada maksiat.

Jangan disalah anggap tentang cinta. Cinta adalah satu perasaan yang cukup suci dan istimewa yang telah dikurniakan kepada manusia. Tetapi kitalah yang menyebabkan ianya disalah anggap dan disalah tafsir sehingga menyebabkan kerana cinta terjadinya dosa kepada ALLAH.

MAKSUD

Berbagai tafsiran tentang cinta yang telah kita dengar dan pelajari sepanjang berada di atas muka bumi ini. Tetapi apakah ianya benar-benar betul? cinta bermaksud 'satu perasaan yang ada pada setiap diri manusia yang menginginkan kasih sayang serta tempat perlindungan dari bahaya' jadi berdasarkan maksud yang telahpun saya nyatakan ini jelaslah bahawa cinta bukan sekadar cinta seorang awek kepada pakwenya sahaja, tetapi cinta mempunyai skop yang begitu meluas sekali.

FITRAH

Tetapi ustaz, bukan ke cinta itu fitrah? so memang perlulah kita bercinta kan. Persoalan seperti ini biasa didengar oleh golongan pendakwah yang cukup anti kepada 'Couple'. Memang benar cinta itu adalah fitrah kepada kita umat manusia, tetapi masalahnya adalah bagaimana kita mengawal cinta itu. Adakah cinta kita bersama si dia selama ini tidak pernah terlepas dari noda dosa? ataupun cinta kita begitu suci sehingga nafsu dan syaitan tidak pernah memainkan peranannya dalan percintaan kita itu. Semua soalan itu telah terjawab dalam firman ALLAH:

'Dan janganlah kamu menghampiri zina'

telah terbukti bahawa ALLAH terlalu sayangkan kita sehingga berfirman dengan amaran yang cukup tegas untuk mengelakkan kita dari terjatuh ke lembah maksiat. Dalam firman itu sendiri, ALLAH telah melarang kita dari mendekati zina apatahlagi jika berbuat zina dan jika kita lihat bercouple ini adalah penyumbang kepada maksiat yang nyata, contohnya zina mata, zina anggota dan lebih teruk adalah zina hati.

CINTA YANG TERBAIK

Habis tu ustaz, x boleh ke nak bercinta? boring la hidup macamtu. ish, kesitu pulak kamu ni. Sebenarnya bercinta itu boleh, tetapi perlu ada batasan dan peraturan yang perlu dijaga, dan sebaiknya adalah bercinta selepas kahwin kerana cinta itu terikat dengan pertalian yang sah dan diredhai ALLAH. Nak ke kita mulakan rumahtangga kita dengan dosa bercouple sebelum ke jinjang pelamin? dan kalu nak sangat bercinta Rasulullah ada mengajar kita dalam sebuah hadith baginda:

'barang siapa yang memiliki tiga perkara ini maka dia merasai kemanisan iman, dia mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari segalanya, kemudian dia mencintai sahabatnya saperti dia mencintai dirinya sendiri dan dia benci melihat maksiat seperti bencinya ia jika dicampakkan kedalam api neraka'

ha, tiga perkara yang telah dinyatakan oleh Rasulullah ini sudah kita buat atau belum? jika belum lakukanlah dulu dan insyaALLAH cinta lain akan datang mencari kita dengan izin ALLAH.


WALLAHUALAM...

1 comments:

Nafastari said...

'Love is not only something you feel, it is something you do'.
-David Wilkerson