Pages

Monday, September 15, 2008

Kematian

Alhamdulillah pada hari jumaat yg lalu bersamaan dgn 12 Ramadhan, selesai sudah majlis pengkebumian ibu kepada salah seorang sahabat saya di Kuala Terengganu.

begitu hiba dan berat hati melihat kelurga beliau yang cukup sedih. ketika saya dan beberapa orang lagi sahabat yang hadir sedang mengambus jenazah, terlihat 2 orang adiknya yang masik kecil sedang melihat dengan penuh perasaan yang tidak mengerti apa-apa pun. Agaknya berapa banyak andaian soalan yang bermain difikiran mereka, mengapa mereka menanam ibu?, apa salah ibu?, bila lagi nak jumpa ibu?, bila difikirkan, ia memang cukup menyentuh hati. kadang-kadang terasa ianya tidak adil untuk mereka.

tetapi begitulah ketentuan Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik untuk umatnya. benarlah firman ALLAH dalam Al-Quran:

'setiap yang mati itu pasti akan merasakan maut'

jesteru itu marilah kita mengenang kembali kehidupen kita didunia ini. apakah amalan yang telah kita lakukan mendapat ganjaran disisi ALLAH ataupun tidak.

Sesungguhnya kematian itu adalah satu permulaan bagi perjalanan yang seterusnya di alam barzakh untuk ke perhentian terakhir kita di alam akhirat kelak. Rasulullah pernah bersabda:

'bagi anak adam yang telah meniggal dunia, jika mudah perjalanan ia pada alam kubur maka akan mudahlah perjalanannya pada setiap perhentian yang berikutnya'

sewaktu berada di alam kubur tiada lagi yang akan dapat membantu kita. hanya tinggal kita kita keseorangan menjawab soalan-soalan yang akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. pada waktu itu mulut yang kita gunakan untuk bercakap didunia telah hilang fungsinya dan segala soalan akan dijawab oleh setiap anggota badan kita yang lain.jika berat amalan kebaikan kita maka akan mudahlah jawapan yang akan diberikan dan jika berlaku sebaliknya, akan dirapatkan tanah dari kir dan kanan kita sehingga bersentuh kedua belah rusuk kiri dan kanan. bayangkan betapa seksanya kita disana nanti.

Oleh itu semasa didunia inilah kita perlu mengumpulkan amalan sebanyak yang mungkin untuk menjadi bekalan kita mengharungi alam barzakh dan seterusnya menjadi bukti kesetiaan kita dihadapan ALLAH nanti. sabda Rasulullah:

'tiga perkara yang akan mengiringi anak adam sewaktu dikebumikan dua daripadanya akan pulang dan satu daripadanya akan tinggal disisi. keluarga dan harta akan pulang tetapi amalan akan tinggal disisi'

Ya ALLAH selamatkan kami didunia dan akhirat, jauhkan kami dari fitnah dunia, kubur dan dajjal. permudahkanlah perjalanan kami disana dan bangkitkan kami bersama orang-orang yang solleh.

AL-FATIHAH...

0 comments: