Pages

Sunday, January 17, 2010

SEKULAR DAN ANCAMANNYA

Sekular berasal daripada perkataan latin iaitu “saeculum” yang membawa maksud masa dan tempat. Dalam kamus dewan pula sekular bererti fahaman atau doktrin yang memisahkan cirri-ciri keagamaan didalam urusan-urusan yang tidak bersangkut paut dengan hal keagamaan. Dalam erti kata lain, sekular adalah pemikiran yang memisahkan agama daripada kehidupan harian.

Sedangkan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mengasingkan kehidupan harian dan agama Islam. Ini kerana Islam bermaksud sejahtera dan aman. Salah satu ciri-ciri Islam adalah “SYUMULIYYAH” yang membawa erti lengkap dan menyeluruh. Ini bermaksud ajaran Islam adalah ajaran yang mencakupi seluruh prinsip kehidupan yang dilakukan oleh manusia daripada perkara yang paling remeh hinggalah perkara yang paling berat sekali.

SISTEM SEKULAR

Namun, pada zaman ini kita dapat melihat bahawasanya, pemikiran sekular ini sudah pun berjaya dibawa kedalam dunia Islam dan seterusnya telah meracuni setiap sudut pemikiran kita. Inilah yang sangat dikehendaki oleh semua musuh Islam. Dengan menanamkan deologi sekular ini, mereka akan berjaya mempengaruhi minda umat Islam melalui hujah-hujah dan juga contoh yang palsu untuk menguatkan lagi pengaruh pemikiran sekular ini.

Yang sangat mendukacitakan ialah, golongan yang paling ramai terpengaruh adalah golongan muda belia. Ini menjadi satu kerunsingan yang besar kepada kita, kerana merekalah pemimpin masa depan yang akan menggantikan para pemimpin Negara pada hari ini. Seperti kata pepatah “jika mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka lihatlah kepada golongan muda mereka”

SISTEM PENDIDIKAN

Sedar ataupun tidak, sudah sekian lama kita berada dalam sisitem pemerintahan yang mengamalkan sisitem yang mentah-mentah bercanggah dengan prinsip Islam ini. Lihat sahaja sistem pendidikan yang kita lalui, dimana penerapan nilai-nilai Islam? Kemana perginya fakta-fakta tentang cendekiawan ulung Islam yang dahulunya ilmu mereka dijadikan sumber rujukan seluruh nusantara? malah kita lebih mengagungkan saterawan dari barat.

SISTEM PENTABIRAN

Sistem pentadbiran juga menjadi mangsa penyerapan ideologi sekular ini. Para pemimpin yang dipilih bukan hanya menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan, tetapi juga menjadi pelopor kepada proses penanaman ideologi sekular ini kepada golongan muda. Buktinya sudah jelas lagi bersuluh dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi tidak langsung menjadi sumber rujukan utama dalam pentadbiran Negara.SISTEM KEBUDAYAAN

Selaku individu yang masih mengalir panasnya darah muda, pastinya kita sangat tertarik dengan keseronokan dan hiburan. Islam tidak pernah melarang umatnya berhibur kerana hiburan itu sesuatu perkara yang sangat indah, tetapi didalam Islam, cara berhibur hendaklah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Islam sangat melarang umatnya daripada terjebak didalam budaya hiburan yang melampau (hedonisme). Tetapi dengan system yang kita lalui sekarang, lihat sahaja hasilnya, pergaulan bebas berleluasa, maksiat yang meluas dan seterusnya kepelbagaian anasir-anasir muzik yang bercanggah dengan Islam masuk dan meracuni fikiran golongan muda.

AYUH PEMUDA
Inilah realiti kehidupan kita yang bergelumang dengan anasir darpada pemikiran sekular tadi. Jesteru golongan muda yang menjadi harapan Negara seharusnya sedar dan segera kembali kelandasan yang benar iaitu iman dan taqwa kepada Allah swt.

Jangan biarkan sisitem ini berleluasa lagi. Bangkitlah untuk menegakkan Islam dan menghancurkan kuffar. Marilah kita bersama-sama bersatu hati dan jiwa dalam satu aqidah untuk mengubah dunia yang sudah dicemari ini dengan kesucian Islam agar generasi selepas kita dapat menikmati sistem yang indah dibawah pemerintahan Islam..

0 comments: