Pages

Wednesday, January 20, 2010

Mursyidul Am Ikhwan yang ke-8



Tahniah diatas perlantikan ustaz Muhammad badi’ Al-Majid Sami sebagai mursyidul am ikhwan yang kelapan setelah bekas penyandang jawatan tersebut, ustaz Medhi Aqif tidak berhasrat untuk menyambung khidmat beliau diatas jawatan tersebut.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.
Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) 20 hbln 1 2010.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah, semoga dengan perlantikan mursyid am ikhwan yang baru ini menjadi titik tolak kebangkitan Islam di seluruh dunia. INSYAALLAH

sumber rujukan: http://www.harakahdaily.net/v2/

0 comments: