Sample Feature Post 2 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.

Sample Feature Post 3 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.

Sunday, January 31, 2010
Gagal sebagai bekalan
Manusia dijadikan dengan fitrah yang menginginkan keamanan dan kesejahteraan didalam hidup. Tetapi Allah tidak mengurniakan semua manusia dengan keamanan dan kesenangan hidup didunia mahupun diakhirat. Boleh jadi seseorang itu sangat bahagia didunia tetapi diazab dihari akhirat dan boleh jadi seorang seseorang itu sengsara didunia tetapi bahagia diakhirat dan boleh jadi seseorang itu bahagia atau sengsara didunia mahupun diakhirat.Firman Allah:Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.(Al-Baqarah:216)dalam menyelusuri jalan mengharapkan redha Allah ini, kita akan sentiasa...
Wednesday, January 20, 2010
Ciri-ciri Pemimpin dalam Islam

1. NIAT YANG IKHLASApabila menerima suatu tanggung jawab, hndaklah didahului dgn niat sesuai dgn apa yg telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dgn mengharapkan keridhaan-Nya shaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.2. LAKI-LAKIWanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda,”Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).3. TIDAK MEMINTA JAWATANRasullullah bersabda kpd Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu,”Wahai Abdul Rahman bin samurah! Janganlah kamu meminta utk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kpd kamu krna permintaan, maka kamu akan...
Mursyidul Am Ikhwan yang ke-8

Tahniah diatas perlantikan ustaz Muhammad badi’ Al-Majid Sami sebagai mursyidul am ikhwan yang kelapan setelah bekas penyandang jawatan tersebut, ustaz Medhi Aqif tidak berhasrat untuk menyambung khidmat beliau diatas jawatan tersebut.Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang...
Sunday, January 17, 2010
SEKULAR DAN ANCAMANNYA

Sekular berasal daripada perkataan latin iaitu “saeculum” yang membawa maksud masa dan tempat. Dalam kamus dewan pula sekular bererti fahaman atau doktrin yang memisahkan cirri-ciri keagamaan didalam urusan-urusan yang tidak bersangkut paut dengan hal keagamaan. Dalam erti kata lain, sekular adalah pemikiran yang memisahkan agama daripada kehidupan harian.Sedangkan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mengasingkan kehidupan harian dan agama Islam. Ini kerana Islam bermaksud sejahtera dan aman. Salah satu ciri-ciri Islam adalah “SYUMULIYYAH” yang membawa erti lengkap dan menyeluruh. Ini bermaksud ajaran Islam adalah ajaran yang mencakupi seluruh prinsip kehidupan yang dilakukan oleh manusia daripada perkara yang paling remeh hinggalah perkara...
Sunday, January 10, 2010
Penggunaan kalimah "Allah"
Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa...
Wednesday, January 6, 2010
Aduh, Lemahnya diri!!!
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”(Al-Baqarah:214)Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah kepada insan yang sanggup menggadaikan harta dan jiwa mereka seluruhnya kedalam jalan Allah ini. Sesungguhnya ujian dan halangan yang disediakan oleh Allah ini menjadi satu keuntungan yang hanya diberikan kepada hambanya yang beriman dan sentiasa istiqamah dijalanNya.Tetapi sebagai seorang manusia yang lemah dan memerlukan pertolongan dariNya,...
Monday, January 4, 2010
Elokkan hubungan dengan Al-Quran

“Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”(surah Al-Hasyr:21)Al-Quran adalah kitab suci yang turun daripada Allah swt. Al-Quran juga wajib dijadikan petunjuk dan ikutan buat kita umat Islam. Didalam ayat diatas Allah menceritakan tentang kehebatan dan keagungan Al-Quran disisi makhluk yang diciptakan oleh Allah swt.Tetapi kini, Al-Quran semakin dilupakan. Kitab ini hanya dijadikan bacaan pada majlis-majlis rasmi yang tertentu sahaja. Ia juga hanyalah dimiliki untuk mencukupkan syarat sebagai umat Islam dan seterusnya disimpan didalam almari atau dibungkus...
Sunday, January 3, 2010
Amanah dalam dakwah

Dalam melahirkan insan dakwah yang unggul dan sempurna, kita tidak akan lari dari membincangkan perihal amanah yang perlu digalas oleh setiap pendakwah. Amanah Seperti didalam Al-quran yang mengisahkan gunung yang hancur apabila diberikan amanah, tetapi manusia mengambil aia sebagai suatu yang sambil lewa dan tidak penting.SIFAT WAJIB SETIAP PENDAKWAHPara pendakwah wajib mempunyai sifat amanah ini. Ini kerana beban tanggungan yang berat terhadap tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam ini tergalas diatas bahu mereka. Selaku insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi duta dalam menyebarkan ajaran Islam, mahu atau tidak amanah yang ditaklifkan oleh Allah haruslah dipikul dan dilaksanakan dengan baik.Jangan mengambil ringan tentang kepentingan...
Friday, January 1, 2010
INDAHNYA

INDAHNYA HATIIndahnya hati jika ia sentiasa diisi dengan zikrullah,Indahnya hati jika sentiasa mendamba cinta ilahi.Indahnya hati jika sentiasa dekat dengan Allah,Bertambah indahnya hati jika sentiasa mengingati MATI.Hati adalah perkara pokok yang tidak dapat dipisahkan daripada diri setiap manusia. Hati adalah cerminan batin yang akan mempengaruhi keadaan zahir seseorang itu. Rasulullah bersabda:“Didalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh, jika buruk daging itu maka buruklah seluruhnya, ketahuilah ia adalah hati”Didalam hadith tersebut Rasulullah menjelaskan tentang peranan dan kepentingan hati dalam membentuk seorang insan yang kamil.MENJAGA HATIHati boleh diibaratkan seperti barang yang cantik...