Pages

Thursday, February 24, 2011

Optimis terhadap kemenangan Islam

Baru-baru ini saya ditanya sebuah persoalan yang agak menarik tetapi merunsingkan apabila memikirkannya.“ akhi, boleh ana tanya satu soalan?”“boleh, tanyalah”“ ana bukan tak percaya dengan kemampuan Islam jauh sekali ragu dengannya”Saya mendengar dengan penuh minat.“Cuma… ana kurang pasti, boleh ke Islam menang? Dan kalau menang sekalipun, boleh ke Islam memerintah dengan sistematik seperti yang telah ditunjukkan oleh golongan sekular?”Saya tersenyum dengan persoalan itu. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya diajukan dengan persoalan sebegini. Ada diantaranya begitu prejudis terhadap perjuangan dankemenangan Islam. Bukankah sudah begitu banyak firman Allah yang telah menjanjikan bantuan dan kemenangan Islam satu hari nanti. Cuma mungkin...

Sunday, February 20, 2011

Bolehkah Pilihanraya?

Bismillahirrahmanirrahim…Dalam menongkah arus jahiliyyah yang semakin melanda umat pada ketika ini, usaha demi usaha telah diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tetapi, yang menimbulkan seribu tanda Tanya adalah mengapa gejala perlakuan jahiliyyah ini semakin tebal malahan sentiasa segar dengan perkara perkara yang baru untuk merosakkan ummah.Jesteru,ada ulama’ yang menyatakan bahawa peripentingnya untuk Islam kembali menjadi pemerintah kerana hanya dengan sistem yang diredhai oleh Allah sahaja yang dapat menjadikan virus jahiliyyah ini mengalah dan akhirnya terpadam.Disana akhirnya majoriti ulama’ bersetuju bahawa dalam merencana kemenangan Islam, perlulah adanya sebuah kumpulan yang menjadi ajen perubahan dalam merealisasikan tuntutan tersebut untuk memasuki pilihanraya. Persoalan...

Tuesday, February 15, 2011

Pagi

Alhamdulillah,dipagi yang hening ini Allah masih memberikan kita kekuatan untuk bangun menghadapnya. Berapa ramai diantara umat manusia yang apabila pagi menjelang, mereka akan mengerutkan muka dan seterusnya menarik selimut untuk tidur semula sedangkan pada ketika itu seruan dari panggilan Ilahi sudah berkumandang.Pagi menjadi sebuah waktu yang sangat menyegarkan. Begitulah kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya. Firman Allah:Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah,...

Monday, February 14, 2011

Menghayati Maulidul Rasul

1. marilah kita sama-sama menghayati dan menyelusuri sirah perjuangan baginda rasulullah sehinggakan sinar Islam itu akhirnya menerjah kepada zaman kita.2.jadikanlah rasulullah sebagai qudwah hasanah dalam kehidupan seharian kita tidak kira dari aspek yang mana sekalipun, kerana rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.3.ayuh bersama menghidupkan sunnah rasulullah yang telah ditinggalkan kepada kita, sesungguhnya sunnah yang paling besar adalah menggerakkan gerak kerja dakwah supaya manusia akan kembali untuk menyembah dan mengesakan Allah semata-mata.4.ayuh baca hafal dan ceritakan tentang kisah perjuangan rasulullah ini supaya generasi yang terkemuadian akan dapat mengambil manfaat seterusnya mengikuti tauladan yang telah...

Saturday, February 12, 2011

KEMBARA

PROGRAM: KEMBARA (KEMBALI KE MADRASAH RASULULLAH SAW)TEMPAT: UNIVERSITI MALAYSIA PAHANGTARIKH: 11 – 18 FEBRUARI 201111 februari 2011 – Perasmian Program Kembara di masjid UMP selepas solat jumaat.12 februari 2011 – ‘Bakti Siswa UMP Di Perkampungan Balok Pine, Kuantan’13 – 16 februari 2011 – ‘Putera Dan Srikandi Islam’14 februari 2011 – Konsert Dan Pentomin. Penampilan Khas Kumpulan Nasyid In-Team Dan Azhan Atan ( Juara Akademi Nasyid 2008)15 februari 2011 – Bicara Cinta Oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi ( Novelis Terkenal)16 februari 2011 – Pertandingan Sepanduk Dan Perarakan. Semua Fakult dan Staff Diwajibkan Menghantar Wakil.17 februari 2011 – Wacana Institusi Kenegaraan Islam Oleh 3 Orang Panel Iaitu Ustaz Mansor Sulaiman (Pensyarah UMP),...

Wednesday, February 9, 2011

LIHAT DENGAN MATA HATIMU

Hati ibarat sebuah institusi yang besar didalam perjalan hidup manusia dan roh. Hati juga boleh diibaratkan sebagai raja yang tertinggi dalam struktur badan manusia. Bukan dalam peringkat roh sahaja bahkan ia juga diakui oleh pakar fizikal masakini.Dalam islam hati disifatkan oleh rasulullah sebagai permulaan untuk tercetusnya sebuah kelakuan. Ini berdasarkan sabda baginda“Didalam setiap jasad ada seketul daging, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, ketahuilah ia adalah hati.”Jesteru diatas peripentingnya hati ini, Islam menyuruh penganutnya untuk sedaya upaya menjaga hati ini daripada layu dengan pujukan rayu dari syaitan laknatullah.PERINTAHLAH HATI DENGAN IMANSebagai seorang muslim yang beriman,kita...

Tuesday, February 8, 2011

AYUH SERULAH!!!

Dakwah adalah salah satu tunjang yang penting dalam agama Islam, tanpa dakwah tidak mungkin Islam sampai kepada kita seperti hari ini. Segala keindahan dan kemuliaan yang kita rasakan pada hari ini adalah berkat kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambanNya yang terdahulu untuk melaksanakan tuntutan dakwah ini. Jalan dakwah ini jugalah diantara perintah yang telah diberikan oleh Allah kepada baginda Muhammad saw. Firman Allah: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33) Indah sungguh...

Page 1 of 401234567 »