Pages

Monday, October 26, 2009

PEMUDA

Bismillahirrahmanirrahim


“Jika mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka lihatlah kepada golongan muda mereka.”


Mungkin sudah kerap kali kita melihat dan mendengar kalimah yang tertera diatas ini, tetapi sejauh mana kita mengambil dan menghayati intipati yang tersirat didalam ayat itu tadi.

Sudah sekian lama, bumi ini menjadi saksi kepada keruntuhan akhlak yang sentiasa membimbangkan. Semakin lama semakin menjadi-jadi. Terutamanya golongan muda yang disifatkan sebagai pemacu arah tuju sesebuah Negara.

Siapakah yang perlu dipersalahkan dan mengapakah fenomena teruk ini melanda muda mudi zaman kini? Jika difikirkan, banyak pihak yang boleh kita tudingkan jari untuk mempersalahkan mereka, tetapi sedar atau tidak, setiap kesalahan dan masalah yang berlaku adalah berbalik kepada diri kita sendiri.


DILALAIKAN DENGAN HIBURAN

Lihat sahaja disekeliling kita, begitu banyak bentuk hiburan yang melampau dianjurkan untuk melalaikan hati golongan muda untuk mengingati Allah. Bukan itu sahaja, malah kita juga dilalaikan dari mengetahui isu semasa dan berdakwah. Bukanlah islam mengharamkan terus untuk umatnya berhibur, tetapi hiburan itu mesti dikawal oleh panduan Al-Quran dan Assunnah,

Apa yang berlaku hari ini, hiburan yang disuapkan kepada kita seolah olah tiada pengajaran langsung. Hiburan yang menggila ini kan terus menggila dan merobek akal-akal muda mudi sehinggakan mereka tidak kenal yang mana baik dan yang mana buruk lagi.


PENGARUH BARAT YG DIAGUNGKAN

Tidak lepas dari perkataan mulut ini dari menceritakan tentang hebatnya nagara-negara barat, dari segi ekonomi, teknologi dan macam-macam keagungan lagi. Tetapi terlalu sedikit yang percaya dan membincangkan tentang keagungan dan kehebatan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna yang telah diturunkan Oleh Allah yang maha sempurna.

Setiap amalan hidup kita ditiru dari Negara barat, seolah-olah Islam yang yang kita anuti ini terlalu jumud dan memalukan untuk dipraktikkan. Budaya kuning inilah yang sebenarnya menjadi duri dalam hati kita dan akan menjadikan kita susah mengenal Allah


ASET DUNIA


Jesteru itu, ayuh goongan muda, bangun dari tidur yang terlalu lena dengan fana dunia. Angkat semangat dan terus maju untuk menjadi generasi Rabbani, yang tidak akan gentar menghadapi fitnah dunia kerana terlalu merindukan saat manis bertemu Allah di syurga nanti.

Tekadkan hati mantapkan jiwa untuk kita bersama-sama mengembalikan zaman kehemilangan Islam agar generasi muda selepas kita dapat mengecapi nikmat keindahan Islam hasil pengorbanan kita semua.

Ingatlah, kita adalah ASET DUNIA yang paling berharga…

0 comments: