Pages

Saturday, April 18, 2015

AYUH TOLAK GST

Setelah 18 hari GST mengambil alih sistem percukaian barangan di Negara kita dengan menggantikan sistem SST yang sudah melabuhkan tirainya 18 hari yang lalu, ianya begitu memberi kesan kepada hati seluruh rakyat di Negara ini dalam sudut positif dan negatif. Saya secara jujurnya sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang melibatkan perlaksanaan cukai terbaru ini dan impaknya kepada rakyat Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia yang memberikan respon menyatakan bebanan kewangan yang dihadapi mereka setelah GST dilaksanakan. Buktinya ramai yang menyertai demonstrasi atau unjuk rasa yang dianjurkan oleh parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pemansuhan cukai baru yang membebankan ini.. Cukai Dalam Islam Dalam agama Islam, perlaksanaan cukai mempunyai beberapa pandangan...

Friday, March 27, 2015

Hudud sebagai hukuman terbaik

Bacaan statistik jenayah yang berlaku dalam Negara kita kebelakangan ini terlalu membimbangkan. Statistik daripada kenyataan Menteri dalam negeri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, indeks jenayah yang direkodkan adalah sebanyak 111,020 daripada Januari sehingga September 2013. Lebih menarik perhatian lagi, jenayah yang melibatkan pendatang asing hanyalah berlegar disekitar 10-15% daripada jumlah tersebut. Dengan statistik tersebut, dapatlah kita menyimpulkan bahawa rakyat tempatan kini semakin ganas dan yang lebih malang lagi kita mestilah memperakui bahawa undang-undang sedia ada yang telah digubal gagal menjadikan Negara Malaysia lebih aman. Saya begitu tertarik apabila membaca tentang perlaksanaan undang-undang islam di bawah enakmen syariah yang telah dibentangkan dinegeri Kelantan baru-baru...

Sunday, March 22, 2015

IJTIMA ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-3 : MEMACU PERPADUAN MERENTASI SEMPADAN

Tanggal 21 mac 2015 berakhirlah program Ijtima Perpaduan Ummah kali ke-3 yang berlangsung di Kg Rusila Terengganu.  Acara gilang gemilang yang cukup memberi kesan kepada semua umat Islam diseluruh dunia khususnya yang berada di Malaysia ini telah berlangsung dengan cukup baik selama 3 hari bermula pada 19 mac 2015. Dengan bertemakan slogan ‘Al-qudsa’ ijtima ini membawa seluruh umat Islam untuk bersatu dalam menangani isu yang melibatkan  penindasan keatas umat Islam diseluruh dunia khususnya saudara seislam kita yang berada di Palestin,  Syiria, Burma, Lubnan dan banyak lagi. Ucapan-ucapan dari delegasi seluruh Dunia juga tidak lekang mengajak seluruh umat Islam bersama untuk memberikan sumbangan sedaya upaya masing-masing...

Wednesday, March 11, 2015

TAHNIAH DATUK DR HARON DIN : KAMI AKAN SENTIASA BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut."Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu."Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen...

Monday, February 9, 2015

TAAT : Mana Salahnya?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kebelakangan ini saya melihat banyak perkara yang melanda Jemaah yang kita cintai ini. Pada pengamatan saya perkara ini makin menjadi-jadi setelah Pimpinan Tertinggi PAS dan Majlis Syura Ulama meluluskan untuk mengambil pendekatan politik Tahalluf Siasi bersama rakan parti lain iaitu DAP dan PKR. Isunya sekarang, kecelaruan mula timbul apabila ada beberapa pimpinan tertinggi PAS lebih memenangkan pandangan pimpinan parti lain daripada Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulama dalam PAS. Kalau diikutkan, sindrom dikalangan pimpinan yang tidak sebulu dengan Presiden ini sudah berlaku sebelum keputusan untuk bertahalluf dengan pakatan diambil sebagai stratergi lagi, cuma ianya semakin membarah dan menjadi-jadi setelah tahalluf berlaku. Baru-baru...

Wednesday, March 7, 2012

Gambar sekitar Liqa' Perdana Intra Smart Group SAHAM Pekan

Banner Liqa’ Perdana SAHAMTazkirah ringkas tentang Ruh Islam yang kembaliPeserta muslimat yang bersemangat wajaPeserta muslimin yang khusyuk mendengar pengisianUcapan dan amanat dari Presiden SAHAM UMP pekan Zulrasyied bin Abd RasatMajlis diambil alih oleh ketua nuqaba, Mazizan MsdukiTaaruf para Nuqaba’ muslimin dan muslimat‘Bulatan Bahagia’ kami Majlis bersurai dengan pelukan mesra untuk semua. Ya Allah eratkan hati-hati kami dalam memikul beban dakwahmu.Penerima Anugerah Smart Group Terbaik dan kecemerlangan akademik terbaik. Tahniah untuk semua, kami beruntung dipertemukan dengan kamu sem...

Sunatullah pasti berulang

Sabda Rasulullah: “Islam datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang, beruntunglah bagi orang yang dagang” Islam yang kita kecapi hari ini adalah sebuah agama yang sangat panjang sejarahnya. Dari zaman kelahiran Rasulullah yang pada ketika itu masyarakat arab diselubungi kegelapan jahiliyyah yang menyaksikan mereka meletakkan nafsu dan syahwat sebagai tuhan dan petunjuk dalam kehidupan harian mereka. Kemudian Rasulullah diberikan amanah perlantikan sebagai seorang nabi dan seterusnya memikul amanah sebagai seorang rasul untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan bertuhankan nafsu dan makhluk kepada sinaran cahaya dengan bertuhankan Allah swt. Akhirnya Islam semakin berkembang pada ketika itu dengan kemasukan para sahabat besar...

Page 1 of 401234567 »