
Semua dari pada kita yang melafazkan kalimah syahadah sentiasa meletakkan kepercayaan dalam diri kita bahawa agama yang kita anuti ini adalah agama yang terbaik dan sempurna. Ini dibuktikan dengan firman Allah:“sesungguhya agama yang berada disisiKu adalah Islam”Ayat tersebut menguatkan lagi kepercayaan kita kepada agama Islam yang dating dari pencipta dunia ini dan seluruh isinya iaitu Allah yang Maha Hebat.Cuma persoalanya,walaupun seluruh penganut agama ini mengakui perkara tentang kesyumulan Islam, mengapa masih ramai yang meletakkan agama ini bukan sebagai perkara yang utama dalam hidup mereka dan ada yang lebih malang lagi apabila selurh arahan dan larangan agama ini tidak dilaksanakan dan dijauhi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka...