Pages

Monday, May 10, 2010

Kenapa Begitu?

“Akhi, bleh ana tanye satu perkara?”

“Boleh je, kalu ana bleh jawab insyaAllah ana akan Bantu. Apa dia?”

“Kawan ana ada cakap jemaah kita ni terlalu banyak yang tak betul, ramai yang merokoklah, merempitlah, dan ada yang bertindak liar dalam mendepani isu.”

“Erm, bagi ana normal la tu, sebagai jemaah yang besar, kita tidak mampu menjaga setiap ahli yang mendaftar, cume sebagai sebuah jemaah, kita tetap berusaha untuk menjadikan semua pengikut jemaah ini pengikut yang terbaik.”

Saya menjawab pertanyaan itu dengan spontan, mungkin penjelasan saya kepada adik saya tadi tidak terlalu terperinci, tetapi kelihatan jawapan itu sudah memadai dan memuaskan hatinya. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana membantu aku untuk menjelaskan perkara tadi kepadanya.

PIMPINAN

Teringat ketika saya bertanya soalan yang sama kepada murabbi yang sangat saya segani, jawabnya mudah sahaja, kita tidak boleh menghukum sesebuah jemaah itu gagal dengan melihat kepada ahlinya. Dalam memilih jemaah, kriteria yang paling penting sekali adalah dengan melihat kepimpinannya, persoalannya, adakah pimpinan jemaah kita mempunyai ciri-ciri yang dipersoalkan oleh sahabat kita tadi? Jawapannya sudah tentu tidak, jadi mengapa masih mempersoalkan golongan bawahan yang sedang dibentuk sedangkan golongan atasan atau pimpinan jemaah ini sangat hebat dan disegani lawan dan kawan.

GOLONGAN SASARAN

Sepatutnya kita sebagai ahli jemaah ini mestilah berusaha sedaya upaya kita untuk mengubah persepsi ini. Memang tidak dinafikan bahawa kenyataan itu sememangnya benar, cuma kita sepatutnya berbangga kerana mereka memilih untuk bersama jemaah kita. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana golongan inilah sasaran dakwah kita yang sebenarnya. Ini menunjukkan bahawa jemaah kita bukan jemaah yang memilih ahli yang baik-baik sahaja atau yang kaki masjid sahaja untuk diserap masuk sebagai ahli. Seharusnya kita mendekati golongan ini dan meneruskan dakwah keatas mereka kerana peluang dakwah ini sudah terbuka luas untuk kita semua.

MENUJU KESEMPURNAAN

Cuba senaraikan jemaah yang manakah sempurna. Sudah tentu jawapannya tiada. Ini kerana setiap jemaah ditubuhkan oleh manusia dan pastinya manusia ada kelemahannya. Begitu juga setiap jemaah ada masalahnya yang tersendiri, jesteru itu lihatlah yang paling dekat dengan kesempurnaan dan sentiasa menuju kesempurnaa.

KEDAI DAN GEDUNG

Tak adil jika kita meletakkan situasi sebuah jemaah yang besar dengan situasi jemaah yang kecil. Saya ibaratkan seperti sebuah kedai yang dibandingkan dengan sebuah gedung. Memang kita akan melihat kedai yang kecil, susunan barangnya sangat padat berbanding dengan gedung tadi, tetapi jika kita lihat kepada kuantitinya, sudah pasti gedung tersebut lebih banyak barangannya daripada kedai kecil tadi. Sudah pasti gedung yang besar dengan kuantiti barang yang lebih banyak, akan menghasilkan sampah yang lebih banyak daripada kedai yang kecil. Begitu jugalah jika disinonimkan dengan situasi tadi. Sebuah jemaah yang mempunyai ahli seramai 1 juta orang dibandingkan dengan jemaah yang hanya mempunyai 5 ribu orang ahli. Walaupun jemaah yang kecil mendakwa ahli mereka semuanya terbaik dan menyatakan bahawa lebih 10 ribu ahli jemaah yang besar teruk, tetapi jangan diabaikan jumlah 990000 ahli yang lain. Kalu dibandingkan sudah tentu jemaah yang besar sangat efektif kerana telah berjaya menghasilkan 990000 ahli yang terbaik walaupun tidak seratus peratus berbanding dengan jemaah yang kecil tadi.

Inilah huraian saya berkenaan persoalan yang ditanyakan oleh sahabat tadi. Bagi saya, carilah jemaah yang terbaik pada pandangan anda, saya sudahpun menemuinya dan saya akan memberi sepenuh jiwa dan raga saya kepadannya. InsyaAllah saya doakan anda juga begitu.

0 comments: