Bismillahirrahmanirrahim
Sahabatku
Ketika aku masih jauh dibuai alpha,
Ketika aku sedang kehilangan cinta-Nya,
Ketika aku riang tanpa redha-Nya
Kau hadir menegur ceria
Sahabatku
Masihkah kau ingat lagi
Pertemuan kita yang sudah ditakdir Ilahi
Tanpa mu pasti aku sendiri
Mengharungi takdir, mehnah duniawi
Sahabatku
Mungkin ada ketika kita bersengketa
Kerana nafsu jiwa yang mudah bergelora
Tetapi kita tidak pernah bermasam muka
Kerana kasih sayang mengatasi segalanya
Sahabatku
Kau umpama pelita
Sentiasa setia menerangkan suasana
Hadirmu bagai sebutir permata
Walau badai menghempas kau pasti ada
Sahabatku
Perjuangan ini bukan mainan
Perjuangan ini bukan gurauan
Perjuangan ini menuntut pengorbanan
Dari hati yang penuh keikhlasan
Sahabatku
Tetapkan barisan menuju redha-Nya
Kuatkan iman didalam dada
Biar takdir menentu segala
Cinta Allah yang paling utama
Sahabatku
andai esok aku sudah tiada
pasti aku tenang dan bahagia
kerana aku sangat percaya
bahawa kau akan teruskan jihad ini jua.
Sahabatku
Mari berjanji bersama jiwa
Jihad ini tidak akan kita lupa
Biar jasad bercerai sejuta
insyaAllah syurga Allah milik kita
karya ini ditujukan khas kepada semua sahabat seperjuangan yang sentiasa menggadaikan jiwa dan harta mereka untuk Islam.
Nukilan:
Abu Muslim Al-Amiri
Thursday, October 29, 2009
SAHABATKU
4:46 PM
Abu Muslim Al-Amiri
No comments
0 comments:
Post a Comment