Pages

Tuesday, October 28, 2008

Futur???

Gejala futur didalam jemaah adalah menjadi suatu kebiasaan. Banyak sebab dan faktor yang mendorong gejala ini berlaku kepada Ahli jemaah Islam. Tetapi apa yang lebih pelik dan memeningkan kepala ialah apabila gejala ini berjangkit kepada mereka yang pernah bergelar pimpinan dan orang yang disegani didalam jemaah.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa manusia initiada yang sempurna, bahkan maksud insan itu sendiri adalah pelupa dan cuai, tetapi setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Cuma disini kita dapat melihat gejala yang menjadi virus terbesar didalam jemaah ini kian berleluasa dan sen tiasa bertambah pesakitnya, dan inilah sebenarnya yang menjadi kebimbangan kepada semua peringkat pimpinan sesuatu Jemaah.

Soalnya, sekarang bukanlah masa untuk menuduh serta menuding jari kepada orang yang tertentu untuk memikul tanggunjawab ini tetapi bagaimana kita semua bekerjasama untuk membendug gejala ini dari terus membiak dari akar umbi.

AMANAH

amanah ialah satu perkara pokok yang perlu kita fahami setelah mengintima'kan diri didalam gerak kerja dakwah ini. Didalam perbincangan tentang persoalan amanah ini, banyak yang kita dapat kaitkan dengan gejala futur itu tadi.

1. dalam pembawaan kita sebagai seorang pendakwah kita seharusnya merasakan diri ini sentiasa terbeban dan bertanggungjawab untuk memenuhi tuntutan dakwah itu tadi. Sabda Rasulullah S.A.W:

"barang sesiapa yang mengucap kalimah Lailahaillallah maka dia bertanggungjawab menjadi seorang da'ei."

2. persoalan amanah berkait rapat dengan persoalan kita keikhlasan niat kita dalam berdakwah.
sabda Rasulallah S.A.W:

"setiap perbuatan itu bermula dengan niat"

jadi sejauh mana keikhlasan kita untuk berintima' samaada dalam keadaan sedia ataupun tidak sebanyak itulah kemahuan kita untuk terus amanah dijalan Allah.

3. Amanah juga berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Seperti yang kita ketahui Amanah adalah perkara yang paling berat untuk dipikul. Hatta djika diberikan kepada gunung ganang sekalipun pasti ianya akan hancur luruh, tetapi manusia dengan sombongnya mengambil tanggungjawab amanah itu dengan bersahaja. Jesteru itu hubungan dengan Allah amat penting. Didalam kita memegang amanah Allah yang begitu berat ini pasti ada waktunya kita terasa lemah dan letih, tetapi apabila kta berada dekat dengan Allah nescaya Allah akan memberikan kita kekuatan dalam menempuh segala dugaan kerana semua itu datangnya dari Allah jua.

Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah menilai dan muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang berada dalam bidang dakwah ini dan sejauh mana hubungan kita dengan Allah pencipta kita. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dan semua shabat kita yang lain agar tidak terjebak didalam kancah kefuturan ini dan jika sekiranya ada mohonla agar kita semua diberikan petunjuk untuk kembali berjuang kejalan yang mualia ini.

Sesungguhnya Allah tidak akan mempersia-siakan umat Islam yang beriman.

Terima Kasih ALLAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi saya waktu untuk update blog saya ni. Agak lama jugak saya tinggalkan blog ini atas dasar memberikan tumpuan waktu sepenuhnya untuk garak kerja akademik. Maklumlah sebagai seorang student final year, banyak projek yang perlu diselesaikan sebelum bergelar siswazah.

InsyaAllah selepas ini saya akan sentiasa update artikel didalam blog saya ni untuk santapan rohani kita bersama. Apa yang saya harapkan ialah moga-moga Allah berada disamping saya untuk terus berkhidmat dengan agamaNya.

Dan seterusnya kepada sahabat seperjuangan yang sentiasa mendorong saya agar sentiasa berada diatas jalan yang benar, insyaAllah segala kudrat yang ada diberikan oleh Allah ini akan sentiasa saya gunakan untuk Islam.

Akhir sekali walaupun dimana kita berada, tanggungjawab dakwah yang diamanahkan ini perlu sentiasa kekal dibawa dan dilaksanakan secara istiqamah dan penuk tawaddu' kepada ALLAH.

Semoga Allah Memberkati Kita Semua.

Takbir!!!

Saturday, October 4, 2008

Syawal????


ye! ye! raya dah datang, esok dah tak payah puase...

Hmm kadang2 terasa lucu pula mendengar dialog yang kebiasaanya dilaungkan oleh kanak-kanak setelah tibanya hari raya.

Tapi bila difikirkan, sebenarnya pemergian ramadhan sepatutnya ditangisi dengan seribu penyesalan. adakah kita telah menggunakan ramadhan yang telah dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya ataupun kita masih berada pada ramadhan yang lama? semua itu perlu dihitung sendiri..

Hakikatnya ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan kini tibalah Syawal sebagai hari kemenangan kepada seluruh umat islam setelah menempuh sebulan yang penuh dugaan yang menguji ketakwaan kita.

Takwa?

"ustaz, macam mana nak tau kita dah berjaya bulan ramadhan ni?"

Ada satu perkara yang menarik tentang ramadhan dan syawal ini. teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hazmi Dibok sewaktu tazkirah ramadha,

"kalau nak tau kita berjaya atau tidak pada bulan ramadhan ni, kita tengok diri dan ibadah kita pada bulan selepas ramadhan kalau makin meningkat maknanya dah berjayalah tu."

Begitulah jawapan yang ringkas tapi cukup padat dan bermakna kalau kita dapat menghayatinya. ini bermakna ramadhan adalah starting point atau turning point untuk mengajar dan mentarbiyah nafsu serta diri kita sendiri untuk memupuk dan menanamkan sifat sabar dan bertakwa kepada ALLAH, dan buktinya kita dapat lihat sendiri selepas pulang daripada "Madrasah Ramadhan" ini. fikir-fikirkanlah ye.

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin keatas kesilapan saya selama ini, dan selamat berjaya wahai graduan-graduan Madrasah Ramadhan.

Friday, September 26, 2008


Terasa sayu dihati apabila memikirkan ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini. Terlalu banyak kelemahan yang telah kita lakukan pada bulan yang mulia ini dan sememangnya ia akan berlalu pergi tanpa kita sedari.


sebagai seorang pejuang yang sentiasa mendambakan redha dari Allah, apakah madrasah ramadhan ini betul-betul telah mentarbiyah diri kita menjadi seorang insan yang muttaqin??


Segala persoalan yang bermain diminda ini perlulah dijawab sendiri oleh empunya diri kerana dialah yang lebih mengetahui amalan harian mereka.


Cuma yang dapat kita lakukan adalah bermunajat dan merintih meminta doa agar dikurniakan keselamatan ketika berada di hadapan Allah nanti dan mendapat tempat disisi Rasulullah kelak.


Allah tidak pernah membebankan manusia dengan bebanan yang tidak mampu mereka tanggung dan pikul..
jangan dilupakan untuk merebut peluang bersama malam lailatulqadar. InsyaAllah dipertemukan.


Wallahualam...

Monday, September 15, 2008

CINTA???




Cinta???

ape tu cinta???

perlukah ada cinta???

Bila berbicara tentang cinta banyak yang akan bertanya soalan yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Kanak-kanak pun sudah pandai bercinta inikan pula orang dewasa. Tetapi fenomena ini seakan-akan satu situasi yang biasa kepada kita. Adakah kita ingin melihat adik-adik kita bergelumang dengan cinta yang tak pernah diketahui sucinya dan lebih teruk jika ianya tidak dijaga, ia akan membawa kepada maksiat.

Jangan disalah anggap tentang cinta. Cinta adalah satu perasaan yang cukup suci dan istimewa yang telah dikurniakan kepada manusia. Tetapi kitalah yang menyebabkan ianya disalah anggap dan disalah tafsir sehingga menyebabkan kerana cinta terjadinya dosa kepada ALLAH.

MAKSUD

Berbagai tafsiran tentang cinta yang telah kita dengar dan pelajari sepanjang berada di atas muka bumi ini. Tetapi apakah ianya benar-benar betul? cinta bermaksud 'satu perasaan yang ada pada setiap diri manusia yang menginginkan kasih sayang serta tempat perlindungan dari bahaya' jadi berdasarkan maksud yang telahpun saya nyatakan ini jelaslah bahawa cinta bukan sekadar cinta seorang awek kepada pakwenya sahaja, tetapi cinta mempunyai skop yang begitu meluas sekali.

FITRAH

Tetapi ustaz, bukan ke cinta itu fitrah? so memang perlulah kita bercinta kan. Persoalan seperti ini biasa didengar oleh golongan pendakwah yang cukup anti kepada 'Couple'. Memang benar cinta itu adalah fitrah kepada kita umat manusia, tetapi masalahnya adalah bagaimana kita mengawal cinta itu. Adakah cinta kita bersama si dia selama ini tidak pernah terlepas dari noda dosa? ataupun cinta kita begitu suci sehingga nafsu dan syaitan tidak pernah memainkan peranannya dalan percintaan kita itu. Semua soalan itu telah terjawab dalam firman ALLAH:

'Dan janganlah kamu menghampiri zina'

telah terbukti bahawa ALLAH terlalu sayangkan kita sehingga berfirman dengan amaran yang cukup tegas untuk mengelakkan kita dari terjatuh ke lembah maksiat. Dalam firman itu sendiri, ALLAH telah melarang kita dari mendekati zina apatahlagi jika berbuat zina dan jika kita lihat bercouple ini adalah penyumbang kepada maksiat yang nyata, contohnya zina mata, zina anggota dan lebih teruk adalah zina hati.

CINTA YANG TERBAIK

Habis tu ustaz, x boleh ke nak bercinta? boring la hidup macamtu. ish, kesitu pulak kamu ni. Sebenarnya bercinta itu boleh, tetapi perlu ada batasan dan peraturan yang perlu dijaga, dan sebaiknya adalah bercinta selepas kahwin kerana cinta itu terikat dengan pertalian yang sah dan diredhai ALLAH. Nak ke kita mulakan rumahtangga kita dengan dosa bercouple sebelum ke jinjang pelamin? dan kalu nak sangat bercinta Rasulullah ada mengajar kita dalam sebuah hadith baginda:

'barang siapa yang memiliki tiga perkara ini maka dia merasai kemanisan iman, dia mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari segalanya, kemudian dia mencintai sahabatnya saperti dia mencintai dirinya sendiri dan dia benci melihat maksiat seperti bencinya ia jika dicampakkan kedalam api neraka'

ha, tiga perkara yang telah dinyatakan oleh Rasulullah ini sudah kita buat atau belum? jika belum lakukanlah dulu dan insyaALLAH cinta lain akan datang mencari kita dengan izin ALLAH.


WALLAHUALAM...

Kewafatan Insan Mulia

Assalamualaikum..

Marilah kita menghayati kisah "Saat KewafatanRasulullaah" dgn penghayatan yang sebenar.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul MautAda sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupanRasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mataRasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang danAli menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkalaAli dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tuturFatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenangnya."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapanAllah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini? "Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,"kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bisshalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalatdan peliharalah orang-orang lemah di antaramu. " Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarikwa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepadakita.

Kematian

Alhamdulillah pada hari jumaat yg lalu bersamaan dgn 12 Ramadhan, selesai sudah majlis pengkebumian ibu kepada salah seorang sahabat saya di Kuala Terengganu.

begitu hiba dan berat hati melihat kelurga beliau yang cukup sedih. ketika saya dan beberapa orang lagi sahabat yang hadir sedang mengambus jenazah, terlihat 2 orang adiknya yang masik kecil sedang melihat dengan penuh perasaan yang tidak mengerti apa-apa pun. Agaknya berapa banyak andaian soalan yang bermain difikiran mereka, mengapa mereka menanam ibu?, apa salah ibu?, bila lagi nak jumpa ibu?, bila difikirkan, ia memang cukup menyentuh hati. kadang-kadang terasa ianya tidak adil untuk mereka.

tetapi begitulah ketentuan Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik untuk umatnya. benarlah firman ALLAH dalam Al-Quran:

'setiap yang mati itu pasti akan merasakan maut'

jesteru itu marilah kita mengenang kembali kehidupen kita didunia ini. apakah amalan yang telah kita lakukan mendapat ganjaran disisi ALLAH ataupun tidak.

Sesungguhnya kematian itu adalah satu permulaan bagi perjalanan yang seterusnya di alam barzakh untuk ke perhentian terakhir kita di alam akhirat kelak. Rasulullah pernah bersabda:

'bagi anak adam yang telah meniggal dunia, jika mudah perjalanan ia pada alam kubur maka akan mudahlah perjalanannya pada setiap perhentian yang berikutnya'

sewaktu berada di alam kubur tiada lagi yang akan dapat membantu kita. hanya tinggal kita kita keseorangan menjawab soalan-soalan yang akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. pada waktu itu mulut yang kita gunakan untuk bercakap didunia telah hilang fungsinya dan segala soalan akan dijawab oleh setiap anggota badan kita yang lain.jika berat amalan kebaikan kita maka akan mudahlah jawapan yang akan diberikan dan jika berlaku sebaliknya, akan dirapatkan tanah dari kir dan kanan kita sehingga bersentuh kedua belah rusuk kiri dan kanan. bayangkan betapa seksanya kita disana nanti.

Oleh itu semasa didunia inilah kita perlu mengumpulkan amalan sebanyak yang mungkin untuk menjadi bekalan kita mengharungi alam barzakh dan seterusnya menjadi bukti kesetiaan kita dihadapan ALLAH nanti. sabda Rasulullah:

'tiga perkara yang akan mengiringi anak adam sewaktu dikebumikan dua daripadanya akan pulang dan satu daripadanya akan tinggal disisi. keluarga dan harta akan pulang tetapi amalan akan tinggal disisi'

Ya ALLAH selamatkan kami didunia dan akhirat, jauhkan kami dari fitnah dunia, kubur dan dajjal. permudahkanlah perjalanan kami disana dan bangkitkan kami bersama orang-orang yang solleh.

AL-FATIHAH...