Sample Feature Post 2 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Sample Feature Post 3 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.
Saturday, April 18, 2015
AYUH TOLAK GST
Setelah 18 hari GST mengambil alih sistem percukaian
barangan di Negara kita dengan menggantikan sistem SST yang sudah melabuhkan
tirainya 18 hari yang lalu, ianya begitu memberi kesan kepada hati seluruh
rakyat di Negara ini dalam sudut positif dan negatif. Saya secara jujurnya
sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang melibatkan perlaksanaan cukai
terbaru ini dan impaknya kepada rakyat Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia yang
memberikan respon menyatakan bebanan kewangan yang dihadapi mereka setelah GST
dilaksanakan. Buktinya ramai yang menyertai demonstrasi atau unjuk rasa yang
dianjurkan oleh parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang
memperjuangkan pemansuhan cukai baru yang membebankan ini..
Cukai Dalam Islam
Dalam agama Islam, perlaksanaan cukai mempunyai beberapa
pandangan yang menjadi rujukan dalam mendalami isu ini. Diantara pendangan
tersebut adalah:
1.
Haramnya cukai secara mutlaq.
2.
Harus secara sementara waktu ke atas si kaya
pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.
3.
Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi
maslahat umum pentadbiran Negara.
Saya tidak berhasrat untuk mengupas secara khusus tentang
pandangan para ulama berkaitan perlaksanaan cukai dalam sesebuah Negara. Cuma secara
kesimpulannya ketiga-tiga pandangan tersebut menyentuh pada satu titik yang
sama iaitu cukai boleh dilaksanakan dalam keadaan terdesak dan Negara memerlukan
sejumlah suntikan dana yang sangat besar untuk mengembalikan kestabilan ekonomi
mereka.
Realiti di Malaysia.
Sebagai rakyat yang bertimbang rasa, kita menyedari bahawa sekiranya
beban cukai itu dilaksanakan kepada rakyat, ia perlulah mempunyai hujah yang
kukuh yang boleh meyakinkan seluruh rakyat untuk bersama menerima perlaksanaan
cukai itu. Tetapi apa yang menyedihkan kita, bukan sahaja hujah-hujah yang
diberikan itu tidak kukuh, ia ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan kurang
cerdik yang dikeluarkan oleh menteri-menteri kabinet parti yang memerintah.
Realiti yang berlaku dalam Negara kita hari ini adalah silap
urus tadbir ekonomi dan hasil kekayaan dalam Negara yang mengundang kemerosotan
perkenbangan ekonomi khususnya yang paling ketara adalah kenaikkan jumlah
hutang luar negara yang sudah mencecah RM740 bilion. Dalam keadaan hutang yang
meningkat ini, rakyat masih tidak dapat manafaat daripada pembangunan yang dilakukan
oleh kerajaan setakat ini. Hutang isi rumah di Negara kita juga adalah yang
tertinggi di Asia dengan 87% daripada KDNKK Negara. Laporan audit Negara juga
menunjukkan ketirisan yang berjumlah jutaan ringgit yang sehingga kini masih
belum ada penyelesaian daripada mana-mana pihak berwajib.
Bayangkan dalam keadaan rakyat yang cukup sempit dan tenat
ini, kerajaan menambah lagi cukai baru yang sangat membebankan. Kemana keuntungan
Negara yang disebut-sebut didalam akhbar dan televisyen yang dijanjikan akan
dinikmati oleh rakyat? Adakah cukup dengan duit saguhati BR1M yang hanya
berjumlah RM950 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan rendah? Dimanakah pembangunan
yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang sentiasa
disebut-sebut ketika perbentangan belanjawan negara yang baru.
Dalam masa yang sama, kita melihat perangai pemimpin Negara yang
bermewah-mewah dalam perbelanjaan mereka seharian. Pembelian jet peribadi baru
yang harganya mencecah ratusan juta, pembelian barang kemas dan kelengkapan
hidup yang mewah, percutian-percutian mewah yang sewenang-wenangnya menggunakan
wang rakyat dan harta Negara untuk membawa mereka. Adakah ini yang dikatakan
contoh langkah berjimat kepada rakyat?
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bersama
bersatu untuk menolak sekeras-kerasnya perlaksanaan cukai GST ini yang dengan
jelas mencabuli hak rakyat dan hanya menguntungkan golongan pemerintah untuk
bermewah-mewah dengan duit rakyat. Cukai ini juga jelas bertentangan dengan
prinsip pengurusan ekonomi yang dianjurkan oleh islam.
Ayuh bersama kita menolak GST!!!
10:37 AM
Abu Muslim Al-Amiri
No comments
Friday, March 27, 2015
Hudud sebagai hukuman terbaik
Bacaan statistik jenayah yang berlaku dalam Negara kita
kebelakangan ini terlalu membimbangkan. Statistik daripada kenyataan Menteri
dalam negeri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, indeks jenayah yang direkodkan
adalah sebanyak 111,020 daripada Januari sehingga September 2013. Lebih menarik
perhatian lagi, jenayah yang melibatkan pendatang asing hanyalah berlegar
disekitar 10-15% daripada jumlah tersebut. Dengan statistik tersebut, dapatlah
kita menyimpulkan bahawa rakyat tempatan kini semakin ganas dan yang lebih
malang lagi kita mestilah memperakui bahawa undang-undang sedia ada yang telah
digubal gagal menjadikan Negara Malaysia lebih aman.
Saya begitu tertarik apabila membaca tentang perlaksanaan
undang-undang islam di bawah enakmen syariah yang telah dibentangkan dinegeri Kelantan
baru-baru ini. Begitu banyak komen yang positif dan tidak kurang juga komen
yang negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat sebagai respon terhadap usaha
kerajaan negeri Kelantan untuk memartabatkan hukum Islam sebagai suatu kaedah
yang terbaik untuk menangani masalah jenayah yang semakin meruncing kini.
Islam sebagai agama yang meliputi keseluruhan cara hidup
seseorang manusia mempunyai penyelesaian yang terbaik untuk menangani isu
jenayah ini. Dalam Islam, setiap perbuatan manusia seharian sentiasa berkait
rapat dengan dosa atau pahala dan halal atau haram. Dalam perkara yang
melibatkan isu jenayah pula, Islam telah menyediakan beberapa hukum yang
menjadi pedoman didalam al-Quran dan hukuman hudud adalah salah satu dari
beberapa hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah.
Hudud adalah hukuman yang bukan sahaja menghukum pesalahnya
tetapi ia juga berfungsi sebagai pencegah kepada orang ramai supaya tidak
melakukannya. Inilah keindahan hudud yang telah ditetapkan oleh Allah, kerana
Dialah yang maha mengetahui apa yang lebih baik untuk manusia. Saya juga tidak
bersetuju dengan kenyataan sesetengah pihak yang mengangap hudud ini akan
menjadikan Negara kita Malaysia kurang produktif kerana semua akan dipotong
tangan dan kaki. Ini kerana secara logik akalnya, seseorang yang melihat kesan
hukuman potong tangan dan kaki tidak akan menjadikan mereka lebih bersemangat
untuk melakukan jenayah tersebut. Tambahan lagi, hukuman hudud juga sukar untuk
disabitkan keatas tertuduh kerana mempunyai syarat-syarat yang ketat dan
kebiasaanya, mereka akan dikenakan hukuman ta’zir (kebijaksanaan pemimpin untuk
menjatuhkan hukuman) sahaja.Tidak hairanlah sekiranya, orang bukan Islam juga
menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan rang undang-undang
persendirian tersebut dalam negeri mereka.
Jesteru, kami sebagai umat Islam sangat menyokong penuh
perlaksanaan undang-undang ini bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi
diseluruh Negara Malaysia yang kita cintai ini. Semoga Allah memudahkan usaha
kalian untuk menegakkan hukum Allah di bumi ini. Kepada ahli-ahli parlimen yang
akan dibentangkan rang undang-undang ini, bukalah mata hati anda untuk menilai
keindahan hukum Allah ini untuk masadepan Malaysia yang lebih aman.
Muhammad Irsyad Syafiq b Burhanuddin
Presiden Kelab Alumni Siswazah Negeri Terengganu (KLUSTER)
7:52 AM
Abu Muslim Al-Amiri
No comments
Sunday, March 22, 2015
IJTIMA ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-3 : MEMACU PERPADUAN MERENTASI SEMPADAN
Tanggal 21 mac 2015 berakhirlah program Ijtima Perpaduan
Ummah kali ke-3 yang berlangsung di Kg Rusila Terengganu. Acara gilang gemilang yang cukup memberi
kesan kepada semua umat Islam diseluruh dunia khususnya yang berada di Malaysia
ini telah berlangsung dengan cukup baik selama 3 hari bermula pada 19 mac 2015.
Dengan bertemakan slogan ‘Al-qudsa’ ijtima ini membawa
seluruh umat Islam untuk bersatu dalam menangani isu yang melibatkan penindasan keatas umat Islam diseluruh dunia
khususnya saudara seislam kita yang berada di Palestin, Syiria, Burma, Lubnan dan banyak lagi. Ucapan-ucapan
dari delegasi seluruh Dunia juga tidak lekang mengajak seluruh umat Islam
bersama untuk memberikan sumbangan sedaya upaya masing-masing dalam meringankan
beban yang ditanggung oleh saudara seislam kita dimerata dunia.
Dalam ijtima kali ini juga memperlihatkan kepada kita dengan
jelas tentang ketokohan Dato Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua
Kesatuan Ulama Sedunia. Kehadiran pengunjung tanpa mengira umur yang begitu
ramai berpusu-pusu menghadirkan diri ke kg Rusila walaupun mereka tidak pernah
dipaksa dan diberikan apa-apa ganjaran untuk kehadiran mereka menunjukkan
pengaruh yang dimiliki oleh sosok pejuang ulama haraki ini diperingkat dunia
dan tempatan. Ada yang hadir semata-mata ingin bertemu mata atau melihat dengan
jelas Tuan Guru Haji Abdul Hadi secara live untuk melunaskan rindu dihati
mereka. Apa yang paling penting, kehadiran dikalangan pemuda dan pemudi yang
melimpah ruah memberikan isyarat yang sangat jelas terhadap kesediaan mereka
untuk memberikan sepenuh sokongan dan dokongan mereka kepada Ulama yang menjadi
pewaris sah kepada para anbiya.
Ijtima kali ini juga menjangkaui perbezaan pandangan dan
persefahaman politik dengan kehadiran beberapa kumpulan NGO dan badan-badan
politik yang turut sama memeriahkan program ini. Ijtima kali ini juga
diharapkan akan terus menggerakkan solidariti rakyat Malaysia khususnya dalam
isu antarabangsa yang melibatkan penindasan umat Islam.
Akhirnya kita mengucapkan seluruh penghargaan dan tahniah
diatas penganjuran program Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah kepada seluruh
badan ahli jawatankuasa dan petugas-petugas yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan program yang cukup bermakna ini. Moga dengan
izin dari Allah akan menjadikan program ini sebagai titik tolak kesedaran Islam
dan seterusnya membawa kepada kebangitan Islam yang akan mewarnai kepimpinan
dunia ini suatu hari nanti.
Sirru ala barakatillah…
MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ B BURHANUDDIN
Presiden Kelab Alumni Siswazah Negeri Terengganu (KLUSTER)
1:18 AM
Abu Muslim Al-Amiri
No comments
Wednesday, March 11, 2015
TAHNIAH DATUK DR HARON DIN : KAMI AKAN SENTIASA BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.
Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu.
"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.
Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu.
8:23 AM
Abu Muslim Al-Amiri
No comments
Monday, February 9, 2015
TAAT : Mana Salahnya?
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Kebelakangan ini saya melihat banyak perkara yang melanda
Jemaah yang kita cintai ini. Pada pengamatan saya perkara ini makin
menjadi-jadi setelah Pimpinan Tertinggi PAS dan Majlis Syura Ulama meluluskan
untuk mengambil pendekatan politik Tahalluf Siasi bersama rakan parti lain
iaitu DAP dan PKR. Isunya sekarang, kecelaruan mula timbul apabila ada beberapa
pimpinan tertinggi PAS lebih memenangkan pandangan pimpinan parti lain daripada
Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulama dalam PAS. Kalau diikutkan, sindrom
dikalangan pimpinan yang tidak sebulu dengan Presiden ini sudah berlaku sebelum
keputusan untuk bertahalluf dengan pakatan diambil sebagai stratergi lagi, cuma
ianya semakin membarah dan menjadi-jadi setelah tahalluf berlaku. Baru-baru ini
juga saya ada terbaca mengenai ulasan seorang mahasiswa berkenaan pilihanraya
kerajaan tempatan yang diperjuangkan oleh DAP tetapi tidak dipersetujui oleh TG
Presiden. Bagi saya semua pihak berhak membuat ulasan, tetapi apabila beliau
juga menyentuh tentang prinsip kelima dalam usul 20 karangan Assyahid Imam
Hassan Al-Banna, saya terasa terpanggil untuk menelusuri semula maksud sebenar
kupasan usul tersebut.
Prinsip ke-5:
Siyasah Syar’iyyah. Pandangan Imam (pemerintah) atau Naibnya
(timbalannya) pada perkara yang tidak mengandungi nas, atau perkara yang boleh
diandaikan beberapa wajah pendapat atau mengandungi “masalih mursalah” boleh
dipraktikkan selagi tidak bertembung dengan kaedah syara’. Adakalanya ia
berubah bergantung kepada keadaan, uruf dan adat. Prinsip asal ibadat ialah
taabud tanpa menghiraukan makna-makna, dan prinsip asal adat ialah melihat
kepada rahsia-rahsia, hikmah dan tujuannya.
Merujuk kepada prinsip di atas, ketua atau naib ketua
sesebuah Jemaah berhak mengutarakan pandangan dan perlu dipraktikkan oleh ahli
selagi pandangan itu tidak bercanggah dengan kaedah syara’. Dari sudut hukum
berijtihad pula, ijtihad mereka diambil kira kerana ijtihad mereka sah dari
sudut syara’ dan ia masih diberikan 1 pahala sekiranya tersilap.
Memahami perkara diatas berulang-ulang kali, saya masih
tidak dapat melihat kenapa TG Presiden perlu diasak bertubi-tubi daripada
beberapa pimpinan dan konco-konconya. Dari sudut apa mereka melihat TG Presiden
sebagai orang yang duduk dikandang pesalah hanya kerana beliau tidak bersetuju
dengan pandangan rakan pimpinan parti lain dalam PR. Perkara ini bukan sahaja
berlaku ketika berhadapan dengan isu pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT),
tetapi sebelum dari itu isu langkah kajang yang menatijahkan pertukaran MB
Selangor, stratergi yang sangat licik dan tidak menguntungkan apa-apa kepada
PR.
Seterusnya, pandangan ketua mestilah berada dalam 3 ruang
lingkup iaitu:
1.
Perkara yang tiada nas
2.
Perkara yang boleh diandaikan beberapa sudut
3.
Masalih mursalah (perkara yang tidak dinaskan
oleh syara’ untuk menerimanya atau mengabaikannya)
Melihat kepada 3 perkara diatas, sekali lagi saya tidak
dapat menangkap dimana silapnya TG Presiden dalam mengeluarkan pandangan
tentang isu PBT. Bagi saya, TG Presiden seorang yang berpandangan jauh dan
bijak dalam mengemudi PAS dalam medan politik ini. Memang fakta yang diberikan
oleh saudara Lim Kit Siang dan Ong Kian Ming tentang peratusan cina dan melayu
yang menyaksikan kaum melayu menguasai menguasai 6 kawasan perbandaran adalah
benar, tetapi isu yang dibangkitkan bukan sahaja tentang peratusan penduduk,
tetapi lebih dari itu dominasi kuasa ekonomi yang menyaksikan kaum yang lain
berada ditangga tertinggi dimajoriti kawasan Bandar. Jadi, secara logiknya
sudah tentu sekiranya PBT dilaksanakan, sudah pasti kaum yang satu itu akan
mendominasi dan ia akan pasti mencetuskan huru hara dan mungkin akan
mencetuskan semula peristiwa 13 Mei.
Dalam masa yang sama, kita melihat isu-isu yang melibatkan
perbentangan rang undang-undang kanun jenayah syariah di parlimen dari wakil
PAS Kelantan tidak dibawa secara serius oleh segelintir pimpinan dalam PAS
sedangkan ia melibatkan hukum islam yang sudah termaktub dalam Al-Quran dan
sudah jelas ia melibatkan syariat islam.
Adakah pemimpin tidak boleh disanggah?
Jawapanya pemimpin boleh disanggah sekiranya mereka
melakukan arahan yang jelas bertentangan dengan syara’. Sekiranya arahan itu
hanya berkisar kepada masalih mursalah maka ia tidak sepatutnya dijadikan bahan
untuk menyanggah apatah lagi untuk menjatuhkan kredibiliti pimpinan. Dalam isu langkah kajang dan PBT saya tidak melihat pandangan yang dikeluarkan oleh TG Presiden menyalahi mana-mana hukum syara' dalam Islam. Dalam Islam juga kita diajar dengan adab-adab yang baik termasuklah adab dalam menasihati
pimpinan. Apabila sudah ada pimpinan yang lain mula berani untuk menjatuhkan TG
Presiden secara terbuka, jangan pula menyalahkan sesiapa sekiranya ada kumpulan
yang akan membalas perkara yang sama kepada mereka.
PR bukan JEMAAH
Setahu saya, telah banyak kali ahli PAS diseluruh nagara
diingatkan oleh TG Presiden tentang kedudukan PAS dan jalan Tahalluf Siasi yang
diamalkan bersama rakan pakatan yang lain. Kita bertahalluf untuk
perkara-perkara yang dipersetujui bersama membawa kebaikan kepada rakyat
seperti membanteras rasuah, mewujudkan pemerintahan yang adil dan
bermacam-macam kebaikan lagi kepada rakyat.
Dasar PAS tetap sama iaitu masih utuh mempertahankan perjuangan
mendirikan Negara Islam dan menegakkan syariat Islam di Negara ini. Jemaah kita
bukan PR tetapi PAS, jesteru ketaatan hanya perlu diberi kepada pimpinan PAS
bukan PKR dan DAP.
Saya juga sangat tidak setuju dengan konsep taat dan wala’
sebagai candu dalam Jemaah. Dalam rukun baiah taat menjadi rukun keenam yang
diberi penekanan oleh Assyahid Imam Hassan Al-Banna. Saya yakin dan percaya
setiap Jemaah pasti sudah menjadikan rukun baiah ini sebagai teks usrah mereka
disemua peringkat. Jika benarlah begitu, sudah pasti mereka yang tidak boleh
taat kepada TG Presiden telah memberikan taat mereka kepada Jemaah lain. Jadi
mengapa perlu berada dalam PAS dan memegang tampuk kepimpinan tetapi memberi
taat kepada Jemaah yang lain? Pandangan saya, lebih baik keluar dari PAS.
Saya juga sangat menyarankan semua pimpinan dan
sahabat-sahabat yang terikut dengan mereka yang cuba membuat onar dalam Jemaah
PAS yang kami sayangi ini untuk menghadamkan pembacaan tentang rukun bai’ah
terutama pada rukun FAHAM dan 20 usul yang bersamanya. Mungkin dengan cara itu
akan dapat menjernihkan lagi pemahaman mereka dengan adab dan cara untuk hidup
berjemaah agar tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.
Sekadar pandangan daif dari diri yang hina…
#kamisayangulama
#welovetokguru
Muhammad Irsyad Syafiq Bin Burhanuddin@Abu Muslim Al Amiri.
8:54 AM
Abu Muslim Al-Amiri
1 comment
Wednesday, March 7, 2012
Gambar sekitar Liqa' Perdana Intra Smart Group SAHAM Pekan
Banner Liqa’ Perdana SAHAM
Tazkirah ringkas tentang Ruh Islam yang kembali
Peserta muslimat yang bersemangat waja
Peserta muslimin yang khusyuk mendengar pengisian
Ucapan dan amanat dari Presiden SAHAM UMP pekan Zulrasyied bin Abd Rasat
Taaruf para Nuqaba’ muslimin dan muslimat
‘Bulatan Bahagia’ kami
Majlis bersurai dengan pelukan mesra untuk semua. Ya Allah eratkan hati-hati kami dalam memikul beban dakwahmu.
Categories : http://4.bp.blogspot.com/-BKo3VbcwisY/T1hTMtCHyKI/AAAAAAAAAQE/BS6FP8M8ogU/s1600/DSC_0251.JPG
10:09 PM
Abu Muslim Al-Amiri
No comments
Sunatullah pasti berulang
Sabda Rasulullah:
“Islam datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang, beruntunglah bagi orang yang dagang”
Islam yang kita kecapi hari ini adalah sebuah agama yang sangat panjang sejarahnya. Dari zaman kelahiran Rasulullah yang pada ketika itu masyarakat arab diselubungi kegelapan jahiliyyah yang menyaksikan mereka meletakkan nafsu dan syahwat sebagai tuhan dan petunjuk dalam kehidupan harian mereka. Kemudian Rasulullah diberikan amanah perlantikan sebagai seorang nabi dan seterusnya memikul amanah sebagai seorang rasul untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan bertuhankan nafsu dan makhluk kepada sinaran cahaya dengan bertuhankan Allah swt.
Akhirnya Islam semakin berkembang pada ketika itu dengan kemasukan para sahabat besar seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Bilal bin Rabbah dan tidak lupa juga kepada srikandi yang pertama memeluk Islam iaitu Saidatina Siti Khadijah isteri yang amat dikasihi Baginda Nabi. Penentangan yang bertali arus dengan peristiwa pemulauan penduduk Mekah kepada pengikut nabi yang membawa kepada diusir dari tanah mekah, peristiwa dakwah antarabangsa Nabi yang pertama kepada penduduk Ta’if yang berkesudahan dengan lemparan batu-batuan oleh anak-anak kecil suruhan pembesar durjana- mujur sahaja Zaid ada bersama Rasulullah ketika itu. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku kepada umat Islam pada ketika itu menduga seteguh mana keimanan mereka kepada Allah taala.
Akhirnya Allah memerintahkan supaya umat Islam berhijrah ke kota madinah untuk membentuk empayar Islam yang pertama. Persaudaraan dintara muhajirin dan ansar yang begitu teguh menjadi benteng kepada Negara Islam Madinah Munawwarah. Disangkakan apabila mempunyai Negara tidak akan ada lagi ujian terhadap aqidah umat Islam ketika itu. Malangnya sesudah mendirikan Negara ujian peperangan pula menyusul menggentarkan hati para pejuang Islam ketika itu. Malah pemberontakan dalaman yang digerakkan oleh golongan munafik menjadi duri dalam daging kepada umat islam yang ikhlas berjuang. Peperangan demi peperangan berjaya diharungi dengan penuh keyakinan dan tawakkal kepada Allah. Akhirnya Allah menganugerahkan kemenangan dan keagungan kepada agama Islam dan umat Islam ketika itu. Islam yang dahulunya asing akhirnya menjadi kuasa besar ketika itu. Firman Allah
“Kamulah kaum yang terbaik dikalangan manusia, kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”
Hari ini kita lihat perkara itu berulang lagi, walaupun sebelum ini kita lihat terlalu banyak ajaran agama yang tidak diikuti oleh penganut Islam itu sendiri. Dulu, sesiapa yang menutup aurat akan dianggap ganjil dan tidak bertamadun tetapi hari ini kita meluhat ramai yang bertudung labuh dan mengenakan pakaian yang menutupi aurat mereka dengan sempurna.
Isu-isu antarabangsa yang menghambat media massa yang tiada sempadan hari ini banyak menceritakan tentang kebangkitan Islam diseluruh dunia sebagimana yang berlaku di Negara Mesir, Syiria, Turki, Lubnan, Libya dan banyak lagi. Ini membuktikan bahawa manusia sudah mengakui system hidup yang sempurna adalah cara hidup yang dianjurkan oleh islam dengan menyaksikan pelbagai ideology yang diimani oleh mereka setelah sekian lama semakin lama semakin dilupakan dan menampakkan kegagalan. Firman Allah:
“sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam…”
“mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya”
Sesungguhnya sunatullah perjuangan akan kembali lagi, kemenangan Islam sudah semakin hampir. Persoalannya sekarang dimana kita didalam kebangkitan Islam itu, adakah kita juga member sumbangan dalam kebangkitan itu atau sekadar menjadi penonton tegar kepadanya? Adakah cukup ibadah yang kita lakukan selama ini lalu menjadikan diri kita yakin akan beroleh ganjaran syurga suatu ahari nanati?
Sahabatku, andai syurga itu semurah menunaikan solat fardhu, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan melakukan haji sahaja, Allah tidak akan memerintahkan Rasulullah untuk berhijrah semata-mata untuk mendaulahkan Negara Islam, Allah tidak akan menyariatkan Jihad kepada para pejuang Islam dan Rasulullah tidak perlu bersusah payah untuk menyebarkan dakwah sehingga dicederakan dan dilayan sebegitu hina hanya semata-mata membawa kalimah syahadah yang berat tanggungannya itu.
Ayuh sahabat-sahabatku sekalian, jangan kita tunggu lagi. Marilah rapatkan saff perjuangan ini menuju keredhaan Allah yang hakiki. Buangkan segala kepentingan didunia dan terus mengejar ganjaran yang menanti disyurga. Selagi berkesempatan, selagi berkemampuan, berjihadlah menukilkan nama kita dalam siri kebangkitan ini agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi. Mudah-mudahan Allah mempertemukan kita semua dengan kenikmatan syurga… insyaAllah
Petikan tazkirah ringkas saya sempena LIQA’ PERDANA SAHABAT MASJID (SAHAM) UMP PEKAN pada 7 Mac 2012